Creative : Problem solving & Decision Making

Hari ni mcm biasa sibuk dengan planning 2008.. kenkadang letih juga memikirkan ttg masa depan.. apa yang pastinya kita kene kreatif utk berjaya.. sstgh manusia tidak sedar potensi yang ada pada minda dan hati. Apabila kedua elemen ini bergabung ia melahirkan sesuatu yang hebat.. Manusia mampu ke angkasa dgn bermula dari imaginasi.. dengan keupayaan akal dan fikiran serta usaha sepenuh hati sudah tentu merealisasikan manusia menjejak kaki di bulan.. Adakah orang yg duduk lepak boleh capai ke bulan ? Ironinya semua orang mahu berjaya tetapi malas berusaha..

Dalam menyelesaikan masalah atau membuat keputusan perlu daya pemikiran yang jelas. Ketajaman akal itu boleh diasah dengan ilmu dan pengalaman. Manusia menjadi lebih berguna apabila ia lebih banyak berfikir.. Jika ia kurang berfikir maka sudah tentunya otaknya lembab atau mandum.. terlebih sensitiviti emosi berbanding rasionaliti.

Kreatif ini terdiri daripada variasi berbeza, perspektif berlainan dan dimensi yang pelbagai. Ada orang lihat masalah itu dari pelbagai sudut, so kita kene bijak membaca, mentafsir dan membuat keputusan. Perlulah ia dalam keadaan disiplin yang teratur, buat keputusan berdasarkan fakta, maklumat yang tepat dan pilihan yang berkesan. Usah buat keputusan berdasarkan was-was atau rasa. Kalo was-was atau gugup dalam akad nikah sure pak imam suh ulangi semula.. hehe

So hari ni saya belajar ttg membuat keputusan dgn bijak berdasarkan statistik yang menyeluruh. Semua mende ada statistik, dari celik pejam mata sudah ada math.. bangun kol bape, siap berapa lama, berapa kali buat mende yang sama dan berapa kali buat mende yg berbeza.. Kenkadang kita remeh memikirkannya, sedangkan orang yang berjaya teramat teliti dan fokus dengan matlamat dalam hidup. Tak hairanlah mereka berfikir dgn kreatif utk mentafsir hidup pada jalan yang berbeza...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.