Anggap saja hidup ini pinjaman..

Life is for rent... tajuk lagi nyanyian Dido ni mmg kena dgn apa yang aku nak cakap hari ni dlm blog yang satu-satunya di dunia ni.. :) Actually aku tak suka menulis sumthin personal and exposed it for public view.. but skrg ni aku tapis apa yg aku nak tulis dan biasanya ia mempunyai rumusan yang tersendiri..

Aku mahu sumthin yang baru setiap hari.. ia membuat kita 'hidup'.. tak kiralah dalam apa jua perkara sama ada berkaitan career, business, love, my dream etc.. aku seorang yang 'adventurous' dan gilakan 'pengembaraan'.. Masa aku memula masuk Akademi Islam UM di nilam puri kelantan, sememangnya kene culture shock.. dari bandar ke kampung.. mcm kancil masuk funfair.. woo.. kecek klate, makan manis, kos murah dan banyak gewe cun.. hoh.. buang tebiat...

But semua tu dah dilalui.. kita tahu di mana cause and effect.. skrg ni dah graduate dan kerja selesa mencari impian utk direalisasikan sebaik mungkin.. Mungkin role model aku boleh ambil mahu menjadi yang terbaik utk menyelesaikan masalah ummat..

Mengapa ini yang dikejar ? Orang lain mencipta nama, kuasa dan harta.. adakah aku mahu jadi seperti mereka ? ... nope.. apa yg aku kejar jelas adalah selaras dengan al-Falah.. ini adalah kemenangan hakiki.. dunia ni sekejap saja.. semua nikmat adalah pinjaman saja.. anytime Allah boleh tarik semula.. So sebelum itu berlaku, alangkah baiknya jika kita menyumbang sesuatu di jalanNya.. At least kita tak terlambat menyediakan sedikit bekalan.. lagi banyak lagi bagus..

Ada pula insan yang berharta, berkedudukan dan cantik pula tu.. namun hidup hari-harinya runsing dan gelisah.. tiada ketenangan.. mereka ini seperti menderita.. haluan hidup macam tidak menentu.. diselubungi resah, kesedihan dan kekosongan di jiwa.. Itulah kenkadang hidup ini terlalu komplikated.. nak kata kaya dan bahagia pun susah juga.. semuanya pinjaman saja.. bilamana kita diuji dan ditarik semula nikmat sudah tentu ia mendatangkan pelbagai keresahan tersebut. Orang-orang yang sebegini adalah amat baik sekali jika mendampingi ustazah/ustaz dan orang yang alim bagi mencari sedikit pandangan, ruang dan ilmu mengenai hakikat kebahagiaan.. Saya rasa setiap masalah ada jawapannya.. Yang penting kita mencarinya dengan mendekati agama dan perkuatkan iman.. insyaallah Allah swt akan memberi kekuatan dan menyelesaikan apa jua masalah manusia.. bukankah Dia Maha Agung lagi Maha Bijaksana...

Berhenti membuang masa dan cipta kejayaan dengan sabar.. oleh kerana dunia ini sementara cuma, jgnlah suka buang byk masa.. setiap saat kalo boleh peruntukkan utk menyelesaikan masalah ummat.. Kita akan puashati bila orang lain gembira... :)

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.