Jutawan boleh miskin... Miskin boleh jutawan..



Ujang pernah bergelar jutawan tetapi 'diragut'
rakan sendiri hingga hilang punca, usung batu nisan


Kisah Ujang ni memang agak sedih.. aku rasa ia adalah satu daripada ujian dunia yang terpaksa ditempuh dalam kehidupan.. Tak semua orang mampu menolak kuasa dan ketentuan tuhan.. Di mana nikmat dan rezeki ini adalah pemberianNya ... Dan kita tahu dunia ini sementara cuma..

Jutawan boleh miskin, miskin boleh jadi jutawan.. Apa yang kita kejar di dunia ni kalo boleh wasatiah dan bersyukur dengan apa yang kita ada.. Usah hilang pedoman, usah resah kerana harta, pangkat, nama dan wanita.. Tuhan itu sebenarnya Maha Kaya.. Dia ada sesuatu yang lebih baik untuk kita walaupun dengan ujian sebegini..

Oleh itu pesna untuk diriku serta sahabat handai yang lain.. Apa yang kita miliki bukannya hakiki.. Adalah satu ujian dunia yang mana kita sendiri terpaksa berkorban dan sebab itulah minta padaNya kekuatan, kesabaran dan ketenangan..

Banyakkan membantu orang lain kerana Allah akan membantu kita semula nanti.. At least jangan rasa 'take for granted' dengan apa yg kita miliki hari ini.. Semua itu tidak kekal.. apa yang kekal hanyalah Allah swt...

Moga cerita ujang ini dijadikan iktibar.. kita perlu sedar segalanya milik tuhan.. bila-bila masa boleh ditarik kenbali.. Apa yang penting berdoalah, bertawakal dan usaha gigih untuk capai kejayaan di dunia dan juga akhirat...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.