Berjuang untuk masa depan al-Falah

Kalo ikutkan aku sekarang ni berada dalam comfort zone.. tiada masalah dari segi kewangan, tiada masalah kesempitan, mempunyai rumah yang selesa, sudah berumahtangga, sudah punya kereta idaman, sudah punya web yang banyak, sudah ada bisnes yang baik, segalanya adalah anugerah tuhan.. syukur alhamdulillah.. aku puashati..

Definisi kerjaya aku berbeza sedikit.. aku tak suka stick pada sesatu perkara sahaja.. sebab itu aku boleh kerja sebagai pegawai dengan selesa, malah orang bawahan aku lebih tua dan mendengar kata.. aku bersyukur dengan itu, malah hobi sebagai grafik artis adalah cukup melegakan.. mendatangkan banyak rezeki, aku berkongsi dengan semua orang supaya mereka merasai apa yang aku kecapi.. aku lebih suka melihat orang senyum daripada bermasam cuka.. sebab tu dalam dunia ni aku harap aku boleh gembirakan orang lain supaya hati ini juga turut merasainya..

Fokus aku adalah al-Falah, aku boleh kerja apa jua yang disukai.. jika membantu orang itu aku tak anggap ia satu kerja sebaliknya satu peluang utk menunjukkan kasih sayang.. orang seperti aku ni semakin lama semakin belajar.. macam jenis gelagat.. dan menilainya sebagai satu hikmah kebijaksanaan..

Suatu hari nanti, andai aku pergi.. jika ada yang membaca tulisan ini sampaikanlah pesan.. hidup ini bukanlah kekal selamanya.. kekayaan tak dapat bawa ke syurga, sebaliknya amalan dan rahmat tuhan adalah penentu segalanya.. biarlah kita memberi manfaat kepada insan yang lain moga Allah akan manfaat kepada kita di sana nanti.. biarlah kita permudahkan urusan orang lain moga-moga Allah akan permudahkan urusan kita pula kelak..

Walauapapun yang kita buat di dunia ini.. ingatlah dunia sebenar adalah di sana... akhirat kekal abadi jauh lebih baik dari duniawi ini.. di mana kita takkan tua dan muda selamanya, di mana nikmat tak putus-putus mengalir dan semua di syurga bahagia, aman dan sejahtera jauh lebih baik dari apa yang ada pada masa hidup sekarang..

Aku masih berjuang meneruskan pengembaraan ini.. moga Allah memberi taufiq dan hidayahNya.. aku perlukan bimbinganMu ya tuhan.. kuatkanlah azam perjuangan hambaMu ini.. moga impian ini berjaya, moga aku boleh membantu yang lain.. bersama-sama berjuang di jalan Mu.. Tuhan Yang Maha Esa..

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.