Risiko & Liabiliti UMNO/BN di PRU13

Sekiranya Pak Lah dan Khairy masih lagi menguasai UMNO/BN untuk 5 tahun lagi maka ia akan menyemarakkan perpecahan di dalam UMNO yang semakin lebar. Hakikatnya kepimpinan Pak Lah telah diberi 'amaran' pada PRU12 supaya merenung kembali mengapa kekalahan besar dalam sejarah buat pertama kalinya BN hilang 2/3 majoriti di parlimen.

Mereka ini akan menjadi liabiliti pada UMNO, dan sudah tentu rakyat akan lebih bijak dalam 5 tahun lagi kerana pengundi muda sudah terdedah pada internet dan teknologi SMS yang kian 'bebas' menyebarkan maklumat yang lebih demokratik.

Sekiranya Pak Lah berundur sekarang ia tidaklah memalukan sangat... masih dianggap bertanggungjawab dan ditunjukkan jalan yang lebih mulia daripada risiko masa depan yang masih sukar dibayangkan. Kini parlimen Malaysia sudah tidak sama lagi spt penggal yang lepas.. BN terpaksa 'berhempas pulas' dan berjuang dalam parlimen krn hilang kuasa majoriti.

Catatan aku pada hari ini merupakan antara analisa yang menunjukkan bahawa lebih 80% yakin jika Pak Lah berundur masa depan BN lebih cerah.. Ini kerana Pak Lah sendiri sebagai pengerusi BN Pulau Pinang sudah kehilangan negerinya berbanding Najib yang dapat mengekalkan negeri serta undi majoriti yang lebih besar berbanding penggal lepas.

Jika Pak Lah tidak 'mendengar' dengan bijak suara rakyat... maka PRU akan datang akan jadi igauan terburuk dan legasinya akan berakhir sepertimana Samy Vellu yang meratapi kekalahan pada hari jadinya sendiri...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.