Nak berjaya.. jalan mesti ke depan..

Mmg begitulah semangat yang tergambar melalui kata-kata ayah. Keberanian, kecekalan, kesabaran dan kegigihan mmg itulah kualiti yang ada pada ayah selama ini menjadi model terbaik untuk aku berjuang dalam mencapai matlamat hidup.

Cukup bangga mengenangkan zaman kegemilangan ayah dahulu.. sehingga menjelajah Korea, mendapat pingat kebesaran dan semua jasa baktinya dikenang sebagai pegawai kerajaan yang hebat. Aku sekarang ni masih perlu belajar dari ayah dan mak. 2 insan yang penting dalam hidup mencorakkan kehidupan aku sehingga kini.

Dulu aku pernah rebah tersungkur dalam dunia yang penuh serba serbi ini. Kegagalan dalam hidup mengajar aku untuk jadi lebih tabah. Namun ayah dan mak tak pernah jemu membantu memapah aku kembali ke jalan kejayaan. Jasa meraka tiada ganti nilainya hanya Allah yang lebih mengetahui.

Sekarang ini aku bersama karier dan masa depan yang cerah.. Tak tergambar kata-kata.. hanya ini yang aku inginkan sejak kecil dulu semasa berada di dalam pejabat ayah dan mak. Gambarannya 'complete' dan aku berasa sudah mencapai sebahagian matlamat sejak dulu lagi.

Sekarang jalan mesti ke depan.. aku mahu melangkah jauh dan berjaya lebih baik. Perjalanan ini takkan berhenti di sini.. aku akan meneruskan pengembaraan dengan sepenuh jiwa.. Menikmati hidup dan berusaha memberi manfaat kepada orang lain.

Aku impikan dunia yang bebas.. financial freedom... physical freedom.. material freedom.. dan mahu melihat 'the real happiness' yang spttnya manusia milikinya.

Oleh itu aku mesti jalan ke depan.. mempelajari banyak perkara supaya diri sendiri dan orang lain mendapat manfaatnya. Ingin lihat orang lain gembira dan senyum kerana usaha kita. Moga berkat tuhan itu sentiasa bersama.. ikhlas sepanjang perjuangan ini.. Apapun usah undur ke belakang lagi.. jalan mesti ke depan... capai impian kita...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.