Hari terakhir 2008....

Meneruskan agenda perjuangan ummat
Dari seorang yang terpinga-pinga dalam hidup kini semakin jelas dengan arah tuju matlamat hakiki.. aku percaya sepanjang 3 tahun bersama maiwp dapat belajar sesuatu yang cukup hebat.. inilah yang dinamakan perjuangan.. bergelut dengan masalah ummat bukanlah suatu yang mudah.. ia ibarat di medan perang.. jika lemah semangat sudah tentulah akan tergugur awal... dengan itu segala pengalaman dan peluang ini digunakan sehabis baik.. aku harap dapat menyumbang untuk ummat Islam dengan penuh dedikasi.. insyaallah...


Bermuhasabah & kaizen
Sempena dengan ma'al hijrah dan tahun baru 2009, tak usah buang masa lagi.. apa yang penting lakukan pengauditan terhadap diri sendiri... adakah kita sudah cukup bagus ? adakah banyak lompang kelemahan yang perlu diperbaiki ? adakah impian sudah dicapai ? adakah matlamat kita masih jelas dan betul ? semua ini penting.. lakukan kaizen, buat perubahan yang lebih baik.. tanganinya segalanya dgn positif.. usah lemah dan tidak yakin diri, jangan sesekali putus asa dari rahmat tuhan... apabila kita bermuhasabah insyaallah di masa depan kita akan memberi pengajaran kepada diri sendiri supaya tidak lupa, tidak alpa dalam apa jua aspek sekalipun..


Bersedia berdepan dengan hari-hari mendatang
Kejayaan masa lalu perlu dilupakan.. kini kita cipta kejayaan baru yang lebih menyakinkan. tahun 2009M dan 1430H adalah suatu yang sentiasa baharu. setiap hari adalah baru.. matahari terbit dan tenggelam, bulan bintang bersilih ganti.. esok masih ada.. namun hari inilah kita perlu merancang masa depan. Jika kita tidak mempunyai rancangan, sia-sialah hidup di dunia ini.. dont take anything for granted.. kita perlu berusaha lebih kuat.. lebih bijak dan sentiasa peka dengan peluang & potensi hebat.


Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.