Raya dan Diet

Selepas solat raya, makan nasi dgn sambal ikan special dan rasa kenyang gler.. sedap gak ayang masak.. hehe.. then makan honey dew.. aku x leh la nak makan daging lembu, sbb biasanya kat subang tgk org sembelih lembu dan makan sup lembu... oleh kerana blood pressure aku masih tinggi, so mmg tak sesuailah memperjudikan kesihatan utk makan makanan yang berisiko..

Raya tahun ni mmg unik sket kat KL neh.. ada byk open house.. cumanya aku masih khuatir kalo makan byk boleh jatuh sakit.. disebabkan saiz perut semakin mengembang, aku rasa sudah tiba masanya utk diet dgn makanan buah dan sayur serta bijirin. Kurangkan nasi dan banyakkan bijirin. Nak buat ni azam 2009. kurangkan 10 kilo.. haha..

Mende ni kene disiplin dgn ikuti tips berikut..

  1. Kurangkan nasi dan lauk serta banyakkan bijirin, roti, fiber, sayur dan buah. Diet pisang pun bagus.
  2. Kurangkan high-calorie foods mcm french fries, mayonis, salad dressing, potato, hot dog. Sebaliknya fish-based boleh jadi pengganti.
  3. Minum air kosong banyak at least 3 liter sehari.
  4. Sardin & ikan adalah pilihan terbaik daripada ayam dan daging lembu sebagainya.
  5. Minum jus buah belimbing atau limau suam utk reduce blood pressure.
  6. Cuba berhenti makan fast food mcm KFC, pizza, McD dan sebagainya.
  7. Eksesais paling kurang 5 minit tiap hari.. buat 10 tekan tubi atau punch bag.. ataupun kemas rumah, basuh baju/keta dan shopping di tempat besar mcm di Carrefour, Mydin, Giant sebagainya.
  8. Timbang berat badan seminggu sekali paling kurang. Kendian buat penyelesaian sekiranya ia mendatangkan kesan atau sebaliknya.
  9. Disiplin & jangan main trik kotor makan ubat pelangsing sebagainya. Be natural.
  10. Confident paling kurang dapat turunkan 10 kilo dalam masa 3 bulan. Ini target asal.. moga ia tercapai..

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.