Dugaan dan rahmat...

Hari ni mcm2 berlaku.. dari pg hinggalah ke petang.. dalam 1 masa pagi tu mmg happy sgt.. dpt gi kerja dgn baik, smart hensem dengan black suite with tie, bersongkok tinggi dan kasut hitam.. jumpa ceo dn byk org dengan yakin serta segala urusan berjalan dengan cukup hebat sekali..

Namun ia menjadi malang x berbau apabila terlibat accident dengan motor waktu tgh hari di sentul.. si mat motor india yang tidak berhelmet berumur 20an merempit tepi jalan melawan arus... WHL 4475 bermotor kaler biru telah melanggar bumper depan myvi aku sehingga kemek..

Oh.. mmg frust..

Namun segalanya selesai apabila wang gantirugi diperolehi dan repair kat kedai si Ah Meng di jalan sentul utk betulkan segalanya sebaik mungkin.

Skrg ni hepi sebab Myvi kesayangan dah beroperasi gagah mcm biasa dengan battery baru yang aku pasang sendiri.. hehe.. ok pe jadi mekanik.. beli battery Yokohama rm135 mmg quality lah brand ni.. so aku dh jimat byk dgn pasang sendiri.. berpeluh juga dibuatnya. Tapi berbaloi dan puas hati..

Dugaan dan rahmat.. di sebalik sst ada hikmahnya.. apa yang pasti hidup ini penuh dengan misteri.. yang berani menjelajah dan menyelongkar rahsia kehidupan pasti akan menemui sesuatu yang hebat, menarik dan mengujakan.. :)

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.