Bersama Mentor & Mursyid Yang Dikasihi


Alhamdulillah syukur, banyak yang saya pelajari dengan mursyid, guru dan mentor yang dikasihi Dr Ustaz Zahazan Mohamed yang sememangnya cukup banyak ilmu agama secara seluruhnya. Begitu rapat dan mempunyai banyak idea-idea bernas untuk maslahah ummah. Rasa macam cukup bertuah untuk mempelajari dan mendalami beberapa aspek ilmu agama dan juga bisnes secara tidak langsung membuatkan saya menulis di blog ini.

Ada beberapa petua dan tip murah rezeki yang saya belajar dengan Dr Ustaz Zahazan Mohamed yang mana cukup sarat dengan hadis-hadis sahih dari junjungan Nabi SAW yang tercinta. Selain itu beberapa disiplin dalam belajar dan mengajar di samping secara tak langsung ilmu bercerita 'storytelling' beliau sungguh dikagumi bila membedah siasat cerita-cerita di dalam al-Quran dan juga hadis Nabi SAW.

Hasil pertemuan dengan Ustaz Zahazan selaku Managing Director Telaga Biru Sdn Bhd dapatlah saya ambil sedikit sebanyak pengalaman untuk jv business dengan lebih sistematik. Antaranya ialah bersama subsidiarinya melalui Stormreaders Network yang cukup unik dan istimewa kerana satu-satunya company MLM Islamic yang mendapat pengiktirafan syariah compliance.

Pengalaman ini dianggap satu kejayaan besar branding strategy dan inilah yang saya share bersama dengan peserta-peserta Teknik 7 Naga supaya manfaatnya dikongsi bersama untuk meningkatkan kejayaan para usahawan muslim khususnya.

InshaALLAH dari masa ke semasa saya akan update lebih banyak tip rahsia terbaik kehidupan yang berjaya dan sejahtera... Semua orang inginkan kejayaan tambah lagi kejayaan yang hakiki... 



★★★★★★★★

Antara sumber terbaik dari Internet :

1. Koleksi Logo & Wordpress Theme
2. Rahsia Jutawan Ebook Digital
3. Professional Branding & Coaching
4. Download Movie Tanpa Batasan !

★★★★★★★★

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.