Boikot Israel ★ Free Palestine


Kecoh pasal boikot israel sejak akhir-akhir ini sampai satu Malaysia panas di dalam facebook maupun twitter. Apapun lihatlah apa komen Ustaz Azhar Idrus pasal boikot ini. Saya amat setuju pandangannya dan kita wajar bertawakal penuh pada ALLAH bukan kepada McD atau gaji bulan-bulan.

Kenapa ?

Kerana ALLAH itu MAHA KAYA dan MAHA HEBAT... Orang kaya boleh dimiskinkan dan orang miskin boleh dikayakan...Orang cantik boleh diuji derita dan orang tak cantik boleh hidup bahagia.. Semuanya adalah dalam genggamanNya. Tiada satu pun hak milik mutlak. Adakah kita boleh hidup selama-lamanya ? Adakah kita boleh jamin masih hidup esok hari ? Adakah kita boleh pastikan nyawa kita boleh dipanjangkan dengan gaji bulan-bulan ?

Fikirlah.

Dalam post sebelum ini saya ada bicara soal Impian masa depan. Tahun 2010 resign jawatan tetap pegawai gov dengan gaji yang lumayan semata-mata nak bisnes sendiri. Sampai hari ini sudah 4 tahun berlalu dan alhamdulillah rezeki semakin bertambah lebih dari gaji bulan-bulan dulu. Inilah kuasa tawakal !

Tentang McD.... ikutilah apa yang UAI cadangkan. Saya setuju kerana bukan majikan yang memberikan kita rezeki sebaliknya ALLAH. Sesiapa yang bertawakal pada ALLAH sudah pasti akan diberikan rezeki yang tak disangka-sangka. Itulah janjiNya.

Tentang boikot, cubalah sedaya mampu. Jika tak mampu tak apa... Cumanya kita berusaha supaya ada sedikit saham pahala yang kita mampu bantu rakyat Palestin yang menderita kerana Israhell laknatullah.



Boikot dan seterusnya usah bayar satu sen pun kepada Kapitalis durjana yang menyokong Israhell laknatullah seperti Microsoft, Adobe, Norton, McAfee dan sebagainya kerana mereka inilah yang mengeksploitasikan ekonomi orang-orang Islam untuk membiayai perang Israhell.

Semoga kita dapat bersatu bersama dalam hal ini supaya tidak mudah tunduk dan tertindas. Usah jadi talibarut Kapitalis durjana ini. Maruah Islam harus dikembalikan dan tegakkan syiar Islam dengan cara yang digariskan di dalam al-Quran. UAI sudah jelaskan ayat al-Quran yang membolehkan tindakan yang sewajarnya. Usah jadi buih-buih di lautan !

 ★★★★★★★★

Antara sumber terbaik dari Internet :


★★★★★★★★

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.