Copywriting Adalah Gas Beracun !


Copywriting adalah seni penulisan komersil yang diibaratkan seperti 'poison gas' atau gas beracun yang boleh menyebabkan orang terasa, terhidu dan teracun (akhirnya terbeli produk kita).

Namun sayangnya, ramai usahawan yang 'kureng' ambil berat akan hal ini. Copywriting penting dalam bisnes kerana ia adalah cara untuk menyampaikan mesej dengan perkataan yang paling memukau pelanggan. Jika kita berjaya memukau pelanggan bermakna copywriting yang digunakan begitu berkuasa dan hebat sehingga pelanggan menyerbu kedai atau bisnes kita setiap hari.

Untuk menarik perhatian pelanggan, ia bukan sekadar teknikal facebook ads. Ia juga bukan sekadar statistik angka prospek yang dihubungi. Sebaliknya cara penyampaian kata, bahasa dan emosi yang betul.

Jika difokuskan kepada teknikal power editor facebook ads tetapi copywriting dan call-to-action tiada maka sia-sia saja orang tidak 'melihat' ads kita tersebut. Perlu diingatkan yang melihat ads atau karya copywriting kita bukannya robot atau mayat zombie sebaliknya adalah 'manusia' yang mempunyai hati dan perasaan.

Ramai orang ikut dan 'syok sendiri' bila buat copywriting. Sepatutnya mendalami hati dan perasaan pelanggan itulah lagi penting. Nak buat sales perlukan seni, dalam masa yang sama memerlukan teknikal part yang support bisnes untuk jangka masa panjang.

Namun jika anda inginkan 'seni' ini dalam bisnes, maka saya aturkan pertemuan dengan mentor saya sendiri iaitu Sifu Jef Hazimin Jaafar yang pakar di dalam menulis lagu yang menjadi kegilaan seluruh dunia seperti dilakukannya kepada lagu-lagu Raihan, Saujana dan NowSeeHeart.

Jika beliau menjadi penulis untuk bisnes anda, sudah tentu idea itu benar-benar 'remarkable' dan bakal menjadi pencetus kebangkitan bisnes anda. Sebab itulah saya sarankan mana-mana usahawan untuk grab ILMU terbaik oleh Sifu Jef Hazimin Jaafar di dalam Bengkel Air Liur Emas Usahawan yang menjadi penutup event kami tahun ini.

Berkemungkinan besar Sifu Jef akan dedahkan rahsia multi-million company dari Jepun yang merupakan client beliau di Malaysia. Cara beliau approach global market dan client universal sememangnya dikagumi. Saya sendiri ambil coaching beliau eksklusif selama 2 jam sudah tentu bernilai lebih daripada 4 angka. Namun kami akan 'simplify' di dalam satu event akhir tahun ini lebih murah dan paling lejen pernah diadakan berbanding event lain sebelum ini.

Siapa cepat dia dapat.... Inilah rahsia 'poison gas' saya untuk copywriting yang memukau pelanggan. Rugilah kalau anda terlepas kerana ia adalah yang pertama dan juga yang terakhir diadakan oleh team kami.

Mengapa ianya eksklusif ?

Kerana Sifu Jef masanya terlalu pack schedule di merata tempat. Bukan senang nak handle tarikh yang sesuai, bila dah confirm tarikh 28 Disember 2015 ini maka make sure kita sama-sama bersedia untuk menyerbu beliau di dalam class pertama dan terakhir ini.

Siapa Cepat, Dia Dapat !

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.