Bisnes Masih Rugi ? Banyak Bocor ?


After saya balik daripada jumpa mentor dalam masa yang sama selesaikan urusan dengan company secretary betapa saban hari meningkat masalah syarikat yang terpaksa gulung tikar kerana kerugian dan sales jatuh teruk sehingga tak mampu cover overhead cost apatah lagi kos gst.

Ianya banyak faktor penyebab antaranya adalah faktor dalaman sendiri. Saya akan ringkaskan kepada 3 point sementara menunggu MasterClass ULTRA yang akan berlangsung tak lama lagi.

Antara faktor utama kegagalan bisnes :

1. Tiada Mentor Bisnes
Memang kalau tiada guru atau mentor yang boleh tunjukkan kita jalan selamat dalam arena bisnes maka lebih besarlah risiko terdedah kepada kegagalan. Kita tak boleh memandai-mandai redah bisnes sesuka hati. Ianya ibarat hutan alam belantara yang penuh dugaan, boleh terjatuh gaung maupun termasuk dalam mulut buaya. 

Cara nak elakkan semua risiko ini haruslah belajar dengan mereka yang pakar sebenar. Sebab itulah saya tak berkira sangat kalau nak masuk class sampai beribu ringgit pun sanggup sebagai pelaburan masa depan. Ia dipanggil yuran kebijaksanaan untuk 'menyedut' ILMU para mentor ini lebih pantas. Dalam masa yang sama kita tak perlu lagi membayar cukai kebodohan akibat terlanggar terlalu banyak dinding maupun jatuh lubang kerana tak mahu mencari ILMU. 

Sama-sama kita belajar dengan mentor atau dengan sesiapa sahaja yang ada ILMU dalam bidang yang kita ceburi. Mudah-mudahan bisnes dapat berkembang pantas dan bertambah besar peluang kejayaannya.


2. Tiada 'Kompas' Hala Tuju Bisnes
Istilah kompas ini sungguh penting. Ini kerana ramai usahawan tak tahu hala tuju sebenar bisnes ke mana ianya pergi. Ada yang buat bisnes sebab nak duit semata. Ada yang kerana orang lain buat bisnes so dia pun turut buat bisnes. Jadi dari segi mindset usahawan ia masih belum benar-benar 'clear' mengapa bisnes itu harus dijalankan. Jika sebab duit ianya tidak mencukupi. Its not enough.

Kompas ini saya ambil daripada mentor saya yang ajar mengenai 'Lean Canvas' iaitu sebuah blueprint kejayaan bisnes secara macro + micro environment. Semua bisnes perlu ada 'kompas' ini kerana jika tiada maka ia takkan dapat memecahkan monopoli pesaing atau ditenggelami dengan pelbagai jutaan produk yang ada di pasaran.

Di dalam 'Lean Canvas' ia menyentuh soal di mana database pelanggan berada, apakah masalah yang dialami dan solusi penyelesaian untuk pelanggan. Dari situ kita sudah boleh nampak ke mana bisnes akan pergi dengan adanya unfair advantages + channels. Inilah rahsia kekuatan bisnes masa depan yang sebenar.


Alhamdulillah... Di dalam MasterClass ULTRA para peserta akan nampak lebih jelas kompas hala tuju bisnes mereka. Ia menjadikan satu kelebihan yang superpower untuk bisnes mereka lebih kehadapan daripada pesaing. Kalau pakar NLP juga join ULTRA apatah lagi orang lain yang juga akan sertainya !


3. Kebocoran Kewangan
Ok bab yang ketiga yang saya ingin sentuh sebenarnya jauh lebih sensitif. Ini lebih kepada mereka yang masih guna enterprise. Kerana terdedah kepada risiko-risiko kewangan. Manakala bagi sdn bhd lebih terkawal kerana adanya audit akaun setiap tahun dan kena hantar report pada SSM.

Walau bagaimanapun ada risiko kebocoran kewangan kerana sikap.

Ada yang jenis nak boros memanjang. Ada yang nak belanja tanpa memikirkan sebab dan akibat. Ada yang terbakar sebab salah marketing tak berkesan terutamanya fb ads. Apatah lagi yang merompak duit syarikat untuk beli barangan mewah yang tidak perlu.

Oleh sebab itu saya tekankan disiplin kewangan yang jujur dengan prinsip al-Amin. Konsep ini akan diterangkan panjang lebar di dalam class.

Bila duit tak banyak memang mudah untuk dikawal. Namun bila duit dah banyak maka semakin banyak pula yang bocor. Ada yang terpaksa bayar berganda kos email marketing autoresponder seperti Aweber maupun Getresponse dalam usd yang tengah naik mahal sakan.

Saya akan berikan alternatif email marketing ini di dalam MasterClass ULTRA kerana secara purata clickable response bagi setiap campaign lebih kurang 5% dan ianya semakin menurun dari masa ke semasa. Ini sungguh menyedihkan untuk long term strategy.

Apakah cara untuk sumbat dan tampal kebocoran seperti ini ?

Ada banyak cara dan untuk mengenalpastinya ialah dengan 'Lean Canvas' terlebih dahulu. Setelah itu barulah kami berikan jawapan tepat untuk setiap jenis situasi usahawan. Ada yang jenis nak kurangkan overhead cost. Ada yang terkena tipu dengan supplier yang tak bertanggungjawab. Ini semua antara kebocoran yang boleh kita fikirkan solusi penyelesaiannya di dalam class.

Yang penting adalah TINDAKAN.

Action Speaks Louder Than Words.

Sesetengah orang tak berani nak ambil tindakan memperbetulkan masa depan bisnes lebih cerah. Inilah yang kami hadapi ribuan usahawan sebelum ini kerana terlalu banyak alasan. So please kepada anda yang mempunyai masa hadapan cerah untuk berjaya supaya FOCUS sepenuh hati untuk mendapatkan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.

Usah biarkan suara kecil menenggelamkan impian hidup anda......

Inilah masanya untuk BERTINDAK lebih hebat !





Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.