Selagi Badan Masih Bernyawa..... Berjuanglah !


Soalan yang agak penting untuk semua yang inginkan masa depan yang lebih baik. Ada yang jumpa saya dalam keadaan 'down' kerana rugi, ada yang tersontot berjuta ringgit, ada yang kena tipu, ada yang kena macam-macam...

Sampai ada yang nak bunuh diri.

Bertenanglah sahabat.... kita masih ada DIA.... Usah berputus asa.

Apa jua yang berlaku. Apa jua yang mendatang tiba. Apa jua halangan merintangi anda. Usah pantas berputus asa. Teruskan kehidupan... Ubah mindset kepada 'combat mode' dan berjuang berhabis-habis untuk life anda sendiri.

Jangan menyerah....



Tiada siapa yang dapat mengubah hidup kita. Melainkan kita sendiri yang mengubahnya. Usah takut dengan cabaran... Kerana JUARA TAKKAN GENTAR mendepani apa jua yang mendatang.
Selagi nafas ini masih ada,
Selagi masih ada detik masa,
Selagi mata masih terbuka,
Selagi badan masih bernyawa,

Teruskan perjuangan mulia...
Tiada siapa yang boleh menghalang kita bila sudah nekad, tekad yang bulat. 

Kejayaan pasti menyusul jua. 

Menanti anda di hadapan sana.....

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.