Alhamdulillah... Ramadhan tiba lagi.. Pecutan amal ibadah terus meluncur laju dengan amalan 'hasanah' kebaikan dijadikan bekalan kerana janji ALLAH menggandakan pahala jauh lebih besar di bulan mulia Ramadhan ini.
“Semua amal (soleh yang dikerjakan) manusia dilipatgandakan pahalanya, satu kebaikan diberi ganjaran sepuluh sampai tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman: “Kecuali puasa (ganjarannya tidak terbatas), karena sesungguhnya puasa itu (khusus) untuk-Ku dan Akulah yang akan memberikan ganjaran (kebaikan) baginya.” (HR Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Janji ALLAH itu pasti. Malah bagi yang bersedeqah pula akan merintis amalan seperti amalan Nabi SAW semasa di bulan Ramadhan.
Dari Ibnu Abbas ra, ia berkata: “Nabi SAW adalah orang yang amat dermawan, dan beliau lebih dermawan pada bulan Ramadhan, saat beliau ditemui Jibril untuk membacakan padanya Al-Qur’an. Jibril menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadhan, lalu membacakan padanya Al-Qur’an. Rasulullah SAW ketika ditemui Jibril lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus.” (HR Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Sepanjang Ramadhan mulia ini kami di Tribe DutaNaga dan seluruh warga maya menjemput anda untuk menyertai satu lagi program kebajikan bagi membantu para gelandangan mendapat makanan terutamanya waktu pagi sahur di sekitar Kuala Lumpur.

Program ini khusus sepanjang Ramadhan kerana waktu pagi sahur tidak banyak yang menghulurkan bantuan makanan kecuali sebahagian kecil yang tidak mampu menampung bilangan para gelandangan yang banyak. Atas dasar perikemanusiaan kami mengajar anda juga join projek Waqaf Ramadhan sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang sesama insan.


 

Sebenarnya ada banyak lagi gambar.

Tapi mengenangkan terlampau banyak sangat kami paparkan sebahagian sahaja. Setiap malam memang bergelimpang tidur di tepi-tepi kaki jalan. Tiada bantal, tiada katil tilam empuk malah ditemani nyamuk yang banyak.

Nasib mereka tak diketahui kerana sering dikejar penguasa DBKL dan lain-lain. Sedangkan yang tidur di sini memang tiada rumah (homeless) dan terpaksa mencari tempat berteduh seketika sebelum pagi menjelma.

Ada yang tak makan berhari dan tak mandi, malah sedih tak dapat bekerja kerana faktor usia lanjut. InshaALLAH sepanjang Ramadhan kali ini kita akan lakukan sesuatu supaya mereka juga dapat merasai indahnya pemberian sumbangan projek WaqafRamadhan.com yang dibantu oleh para dermawan yang budiman.

InshaALLAH inilah cara yang lebih baik memberi makanan kepada yang lebih memerlukan. Tak banyak tak apa asalkan mereka dapat tenaga untuk meneruskan hidup di siang hari.

Dan menurut riwayat Al-Baihaqi, dari Aisyah radhiyallahu anha:
كَانَ رَسُوْلُ الله r إِذَا دَخَلَ رَمَضَانَ أَطْلَقَ كُلَّ أَسِيْرٍ وَأَعْطَى كُلَّ سَائِلٍ
“Rasullullah shallallahu alaihi wasallam jika masuk bulan Ramadhan membebaskan setiap tawanan dan memberi setiap orang yang meminta.”
Moga Ramadhan kali ini akan mendapat keistimewaan seperti amalan Nabi SAW di atas. Rebutlah saham Akhirat sementara masih ada.

Usah sesiakan walau sesaat.

Masa semakin singkat. Kita belum pasti bila ajal menjelma kerana ia boleh jadi anytime. Sebab itulah projek ini dilaksanakan sebelum terlambat. Kita mampu buat sesuatu untuk kebaikan. Moga perjalanan kita nanti akan mendapat rahmat. Kerana ALLAH takkan sesiakan amalan baik hambaNya walaupun sebutir zarah.

Ketahuilah bahwa kedermawanan adalah salah satu sifat Allah Ta’ala, sebagaimana hadits:
‏إن الله تعالى جواد يحب الجود ويحب معالي الأخلاق ويكره سفسافها 
“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.”
(HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744)
Sempena peluang Ramadhan ini kami ingin mengajak anda bersama-sama menyertai projek Waqaf Ramadhan ini bagi membantu mereka yang lebih memerlukan. Bukan sekadar duit maupun makanan tetapi juga kasih sayang dan peduli nasib ummah ini yang sebenarnya antara matlamat mulia.

Kami ucapkan terima kasih kepada mentor saya dan juga client terutamanya pihak Telaga Biru Sdn Bhd kerana telah menaja majalah termasuk Solusi, al-Ustaz dan Genq yang bernilai ribuan ringgit untuk sepanjang projek waqaf berlangsung dan juga eksklusif kepada pihak usahawan berjaya Al Aqwa Resources yang juga menaja makanan kepada golongan gelandangan pada Ramadhan kali ini.

Tak ketinggalan juga orang perseorangan dan individu yang telah menaja program ini yang mana saya tak sempat menyebut nama satu demi satu namun saya percaya ALLAH akan memberikan ganjaran yang berganda sempena Ramadhan kali ini.

Sekiranya anda ingin bersama menyumbang boleh layari www.waqaframadhan.com sebagai tanda kasih sayang dan solidariti bersama mereka yang kurang bernasib baik terutamanya para homeless di Kuala Lumpur.

InshaALLAH kami akan update lagi projek waqaf ini dari masa ke semasa dan sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada En Hazrin di whatsapp 013 - 486 1157 , segala usaha dan amalan baik inshaALLAH diberkati dan dirahmatiNya.

Seandainya ini Ramadhan terakhirku, maka inilah perjuangan hidup yang diimpikan...

Allahul Musta'aan...



Alhamdulillah... Semakin hebat dan dahsyat semua peserta VIP DUTANAGA yang berjaya memanfaatkan semua teknik NAGA tanpa sebarang kos pemasaran. Lebih teruja ada yang baru masuk sudah huru hara sales dalam masa yang cukup pantas !

Mengapa mereka boleh berjaya sebegitu rupa ?

Sungguh misteri.......




Kami akan rungkaikan misteri ini dengan 'WHY' usahawan memilih NAGA sebagai 'talian hayat' yang amat membantu bisnes sama ada baru atau dah lama beroperasi :

1. LEBIH JIMAT KOS PEMASARAN
Di waktu ini kos adalah perkara 'very sensitive' dan tambah lagi GST maupun semua harga makin naik. Dalam masa yang sama bisnes perlukan satu gaya 'sentuhan' baru yang lebih jimat, lebih kos efektif dan semakin berkesan. Dengan NAGA ini para usahawan akan tunjukkan cara pemasaran tanpa kos (zero-cost) marketing dan anda tidak perlu risau lagi mengenai kos malah meminimumkan risiko secara lebih bijak.

2. MAKSIMUMKAN KEUNTUNGAN
Apabila sudah kos semakin jimat, secara automatically keuntungan ROI (return on investment) meningkat malah ada yang sudah breakeven lebih pantas. Bila kos marketing percuma anda boleh dapat margin untung besar sakan, lebih sedap, lebih maksimum. Tapi jika kita masih gunakan FB ADS ada kemungkinan margin itu semakin mengecil disebabkan persaingan dalam niche yang hot seperti health, beauty, insurance takaful, telco sim card, clothing, fashion, tudung, jubah, makanan, minuman etc. Semua itu persaingan tinggi jika guna PAID ADS. Sebab itulah NAGA membantu anda secara 'guerilla marketing' yang amat berkesan sekali sampai huru hara sales dalam masa 48 jam seperti kejayaan peserta kami di atas. Dah la marketing percuma, sudah tentu untung lebih daripada 100% !

3. GRAB JUTAAN DATABASE PELANGGAN TARGETTED
Inilah rahsia paling penting dalam NAGA. Kami berikan jutaan database pelanggan targetted untuk business anda ikut niche, negeri malah jenis product/servis. Ianya sentiasa di update dan bertambah banyak dari masa ke semasa. Adalah amat gila sekali kami dedahkan database yang menjadi rebutan ini. Kejayaan sebenar bermula bila kita ada database pelanggan yang benar-benar 'fresh' dan apa jua produk/servis boleh 'campak' ke dalam kolam database ini. Hasilnya memang 'amazing' kerana apabila kita dah ada database, secara automatically kita dah tak perlukan PAID ADS lagi. Cukuplah dengan berjuta database ini tak habis makan... Anda nak ?

4. LEBIH MUDAH & PANTAS
Setengah orang perlu ambil masa paling kurang 1 bulan nak grab database targetted. Tapi kami bagi anda serta merta selepas join NAGA ini. Malah boleh terus mulakan 'memancing' di dalam kolam-kolam database yang sedia ada. Ianya cepat, pantas dan mudah. Tak perlu lagi sibuk-sibuk nak buat landing page or email marketing sebab kami ajarkan cara close deals paling keren dengan teknik Naga 2 (permission marketing). Rugi kalau tak join sebab banyak rahsia copywriting terbaik telah dirungkai di dalam fb group secret kami.

5. PROVEN METHOD (FORMULA KEJAYAAN TERBUKTI)
Semakin ramai yang berjaya termasuklah agen-agen elit daripada client multi-million yang sedia ada menggunakan NAGA. Kalau mereka pun gunakan NAGA, apatah lagi anda yang juga akan menjejak kejayaan seperti mereka yang lain.



Ok dah rungkai misteri NAGA ini sedikit sebanyak akan membantu anda berjaya lebih pantas dan hebat berbanding orang lain.


Sebab NAGA ini sentiasa memberikan keajaiban.

Bersyukurlah pada ALLAH yang memberikan ilham dan ilmu terbaik kepada kita. Ini adalah peluang untuk menambah ilmu di dada serta menambah kekayaan dengan lebih baik. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Ambil lah seberapa banyak ilmu yang ada ini untuk masa depan anda.

Kami sentiasa mendoakan kejayaan anda.