Risiko ' Blindspot ' Di Dalam Bisnes



Tahun 2017 sudah tiba...
Sudah ada secret weapon untuk ledakkan bisnes tahun ini ?

Jika ada , bagus alhamdulillah. Dan jika belum ada hendaklah baca dulu blog ini sampai habis.

Begitu juga dengan newbie yang baru nak buat bisnes. Tahun 2017 lebih banyak pesaing baru dan hanya yang PALING unik sahaja akan kekal di hadapan.

Memang situasi sekarang sudah semakin getir. Sebab itulah para usahawan perlu sedar RISIKO yang ada di hadapan mereka tanpa disedari. Mentor saya katakan ianya tak nampak nyata tetapi ia tetap wujud tanpa sedar... Itulah BLINDSPOT.

Antara risiko blindspot yang selalu ditemui :
  1. Tak tahu di mana lubuk pelanggan sebenar
  2. Buat spam atau blast iklan tanpa arah tujuan
  3. Semua kerja promosi, packing, delivery & marketing buat sendiri
  4. Tak simpan database pelanggan sedia ada dengan sistematik
  5. Tak tahu urus cashflow duit di antara business vs personal
  6. Tak buat 'business canvas' sebagai peta bisnes
  7. Tak sedar pesaing sedang memintas akhirnya bisnes sendiri tersungkur

Ini di antara blindspot yang sering usahawan tak sedar dipermulaan yang bakal membawa kepada risiko lebih besar di kemudian hari.

Ada yang jumpa saya dah rugi RM2 juta disebabkan salah 1 blindspot di atas, memang nampak gayanya usahawan tersebut terpaksa membayar harga yang teramat mahal untuk sebuah pengalaman yang berguna.

Masih belum terlambat kerana kita boleh belajar dengan lebih smart, lebih pantas dan lebih menguntungkan dengan mengenalpasti blindspot yang utama dalam bisnes seharian.

Kalau anda tak buat segera analisa blindspot ini, saya khuatir bisnes anda mungkin menuju ke arah situasi merbahaya bagaikan telur di hujung tanduk.

Sebelum terlambat....

Cuba check 7 blindspot di atas sama ada bisnes anda mempunyai masalah yang sama dan belum diselesaikan bagaikan 'time bomb' yang bakal meletus bila-bila masa.

Jika ada lebih daripada 3 blindspot di atas mungkin anda patut selesaikannya segera kerana tahun 2017 bisnes boleh terus 'survive' merentasi pelbagai liku cabaran sepanjang tahun.

Jika boleh lakukannya, saya percaya kejayaan lebih pantas menghampiri anda.

Antara ilmu penting untuk usahawan 2017 adalah :

  1. Strategi Jutaan Pelanggan Secara Zero Cost Marketing
  2. Rahsia Lubuk Sistem Database Sebagai Lombong Emas Bisnes
  3. Kuasa Ayat Power Copywriting Memukau Pelanggan


Moga anda sempat merebut semua ilmu terbaik ini untuk menggandakan KUASA bisnes anda ke tahap yang lebih luarbiasa hebat !

2 ulasan

  1. Alhamdulillah....mohon tuan share ilmu bagi kami menghadapi tahun 2017. Sifu bgtau saya, "nak buat sesuatu mesti ada ilmu". Nak dapat ilmu kena berguru. Kena belajar, mengaji dan mengkaji. Baru lah selamat dunia akhirat.

    BalasPadam
  2. Bersedia ketika senang dan bersedia ketika susah. Walaubagaimana pun ilmu adalah segalanya. Diharap 2017 memberi sinar baru dan mampu menghadapi cabaran ekonomi yang semakin mencabar. Terima kerana sentiasa memberi kami pilihan.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.