Aku rasa dah tiba masanya mengorak langkah lebih serius dalam soal JV. Selama ni hanya berjv dgn orang-orang biasa yang request dgn aku.. Skrg ni aku kene jadikan 1 disiplin utk jv dgn mereka yang dh mmg hebat dalam perniagaan. Sbbnya kita mampu menjimatkan masa dan wang lebih banyak di samping bertukar idea, teknik dan strategi yg hebat.

Apabila kita mendapat perhatian daripada mereka yg dah established, sure nama dan brandname kita juga akan mendapat recognition yang sama hebat.

Aku menetapkan tahun 2011 adalah tahun terbaik mendapat hasil financial freedom. Pada asalnya 2012 tapi kene positif sbb aspek ebiz skrg sedang meningkat naik dan rancak. Ebiz ini x perlukan masa yang lama utk establish, mungkin setahun pun dah mantap. Cumanya aku ni jenis marathoner.. selalu pk long term dan bukan sekadar panas2 di siang hari saja..

Tahun 2009 adalah tahun utk jv dan network lebih besar..!
Duit pun lebih gempakkk !

:)

Setiap hari aku belajar perkara baru.. ini cukup menyeronokkan dan tidaklah hidup ini terlalu membosankan dgn perkara yang sama sahaja. Aku teruja hari ni membaca sejarah kejayaan orang lain dan tokoh millionaire hebat seperti Dr Farrah Gray yang menjadi jutawan muda seawal usia 14 tahun. Kesungguhan dan keberaniannya sewaktu awal kecil menjadi pemangkin utama kejayaannya dalam bisnes.

Kalo nak berjaya perlu mengkaji cara orang2 berjaya mencapai kejayaan.. kalo diperhatikan mereka semua berjaya kerana usaha gigih.. bukan kerana nasib.. oleh itu tetapkan matlamat sekarang untuk berjaya lebih baik dan lebih luar biasa. Kejayaan x pernah datang bergolek.. kita sendiri yang mesti mencarinya..

Wah.. hari ini baru dapat rentak irama yang sempurna. Banyak hal dan urusan telah dikendalikan dengan baik. Yang pastinya bulan 6 cukup sibuk dan bulan inilah sepatutnya perancangan detail dibuat. Aku berjaya pastikan keadaan financial senang ditafsir dan forecast boleh dibuat dengan begitu sempurna untuk bulan hadapan. Ini satu advantage bagi bisnes dan juga karier sepanjang hidup.

Then, banyak lagi perubahan dan perancangan akan dibuat dari masa ke semasa berkaitan dengan event & product baru. Aku nak focus sesuatu perkara sehingga mampu menzahirkan yang terbaik, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga tapi cukup menyakinkan orang ramai bahawa kesungguhan dan keyakinan itu penting dalam arena ini.

Insyaallah.. aku berjanji untuk melakukan lebih baik dan hebat !

Hari ni kuterbangun seawal lima pagi.. rasa macam dunia memerlukan diri aku sehingga membuatkan tidak lalu untuk meneruskan lena yang mengasyikkan.. apakah mungkin aku mampu menyumbang sesuatu untuk ummat hari ini? seringkali berlegar di minda alangkah beratnya bebanan dipikul dan berat lagi amanah yang ditanggung oleh khalifah terdahulu..

Mungkin di zaman moden ini kita terlupa perjalanan orang-orang tua yang terlebih makan garam dari kita. Dunia sering berputar, namun siang dan malam tetap berganti selagi belum berakhirnya hayat usia alam. Masa akan bersilih, lautan dan daratan akan berubah, manusia akan juga melaluinya dalam sedih, gembira, suka duka, pahit manisnya hidup itu turut bersilih ganti.

Apa yang penting adalah pengorbanan kita pada hari ini untuk masa depan yg lebih gemilang. Hidup bukan sekadar menikmatinya indahnya nikmat dunia, hidup adalah bagaimana kita meneruskan hidup, sanggup bertahan derita dan sengsara sebelum mengecapi secebis kejayaan.

Orang yang kuat hatinya, yang berserah pada Allah maka segalanya akan diputuskan oleh Allah yang Maha Kuasa. Tawakal selepas usaha itulah pengorbanan yang dilakukan sehabis baik untuk mendptkan takdir yang lebih cantik daripada lain-lain takdir yang ada.

Manusia boleh berubah, nasib boleh bertukar, cumanya hati kene kental berjuang. Semangat umpama waja besi, yang pastinya apa jua laluan takdir mampu ditempuhi dengan penuh keberanian.

Ku percaya suatu hari nanti, ada sebuah masa depan yang lebih cerah untukku.. Cumanya perlu ada keberanian untuk mencapainya.. Berkorban sekarang dan nikmatilah kebahagiaan abadi kemudiannya..

New Divide...



Jom layan Linkin Park dgn lagu terbaru diorang New Divide OST Transformers - The Revenge of The Fallen..

Inila kekuatan LP.. lagu diorang unik dan gaya tersendiri.. aku mmg suka sumthing different yg punya identiti tersendiri...


Aku tertarik dengan beberapa berita di web Harian Metro mengenai Ratu Cantik Islamik yang memaparkan kaedah pemilihan ratu cantik bukan dari faktor rupa paras sebaliknya daripada kualiti akhlak dan budi pekerti yang mulia, hubungan erat dengan keluarga dan sahabat handai. Aku rasa spttnya program ni dah lama dimulakan dari dulu lagi memandangkan skrg ni kebanyakan dari kita melihat dari keadaan luaran sahaja. Sebenarnya aku mengkategorikan cantik itu ada 2 bentuk iaitu Cantik Luaran dan Cantik Dalaman. Kedua-dua bentuk ini cukup subjektif dan berbeza pada pandangan mata fizikal dan mata hati manusia. Namun aku lebih selesa sekiranya berbicara dari sudut Islam yang pernah menghuraikan mengenai tata perilaku dalam pemilihan isteri bagi lelaki muslim.

Nabi pernah bagi tips bila cari wanita utk dijadikan isteri sptmana hadis :
“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,
keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Maksud sejahtera itulah sebenarnya dalam erti sebenarnya bahagia dengan isteri yang memahami tuntutan agama.

Bagi aku rupa paras bukanlah satu ukuran utama... Kita perlu lihat sejauh mana kualiti luaran dan dalaman yang ada pada seseorang wanita itu untuk dijadikan isteri.

Kenkadang wanita ini ada pelbagai jenis... ada yang boleh dijadikan kawan, ada pulak jenis teman tapi mesra dan ada pula yang boleh dijadikan isteri. So pandai2lah pilih yang mana kaca dan yang mana intan permata. Sebab kalo salah pilih mmg ia boleh jadi neraka bagi suami...

Kenkadang kaum Adam ini senang diperkotak-katikkan.. Seolah-olah jadi kuda tunggangan kaum Hawa.. Ada pulak yang x ambil kisah, dan membiarkan fenomena queen control di dalam bahtera rumahtangga. Ini satu simptom yang tidak sihat dan cukup memudaratkan fungsi sebenar suami itu sendiri.

Untuk mengelakkan fenomena sedemikian, kenelah ada 'filter' dari awal2 untuk memastikan perkahwinan anda itu bahagia dan selamat. Usahlah cerewet sangat cari isteri cantik-cantik belaka.. Cukuplah jadikan kualiti cantik akhlak itu sebagai kriteria yang terbaik. Sure bahagia punya di sisi lelaki itu wanita yang solehah, at least ia memahami tggjawab isteri yang taat pada suami... :)

Masih bertahan...

Dah hampir seminggu dalam keadaan bertahan menghadapi acute asthma.. duk pk dalam kepala ni xmo masuk wad lagi dah.. kalo masuk wad sure ia lebih membosankan.. aku sedang mencuba nebulizer yg diberi doc, mmg ada progress.. so far harap ia dpt membuka semula saluran pernafasan lebih baik.

Skrg ni mmg voiceless.. suara dah serak habis.. x terkuar.. tapi tetap kerja sbb masih ada urusan lebih penting yang memerlukan perhatian. Aku boleh uruskan dengan sempurna, cabaran mendatang tetap didepani dengan gagah dan yakin.

Sekiranya aku terpaksa masuk wad, bermakna dalam masa seminggu aku terpaksa ditahan. Harap-harap Allah beri aku peluang untuk pulih.. dah mula minum scott emulsion, need vit c utk kuatkan antibodi. Moga² dlm masa minggu ini akan pulih 100%.. aku ada byk planning nak dilaksanakan. Sebelum menutup mata buat selamanya aku ingin realisasikan impian hebat yang pernah diimpikan, kepada semua rakan, sabahat, keluarga, yang tersayang dan yang tercinta, ku telah cuba segalanya yang terbaik. Pengorbanan ini terlalu mahal harganya dan itulah yang perlu dilakukan sebelum segalanya terlambat...

Jadikan hari ini hari yang bertuah..

Setiap pagi semasa anda memulakan hari anda, pastikan solat subuh anda ditunaikan dan doalah moga pagi ini bermulanya detik permulaan hidup yang lebih bahagia dan berjaya.. subuh adalah suis kehidupan.. mulakan suis dgn sempurna dan segalanya akan kelihatan lebih mudah untuk kita..

Kemudian apabila sampai ke tempat kerja atau baru nak memulakan apa jua tujuan anda pada hari itu maka doa moga dipermudahkan urusan dan diberikan kekuatan luar biasa untuk menyelesaikan apa jua masalah yang mendatang. Apabila kita meminta kekuatan dari tuhan yang mempunyai sumber segala kekuatan ia sudah mencukupi untuk seseorang itu yakin yang ianya tidak bersendirian di dunia ini.. We are not alone.. we may praise the super power and guidance from the Almighty.. dan masa itu iktikad dan keyakinan kita terhadap kepercayaan (faith) menjadikan dunia ini lebih mudah.

Saya percaya apabila kita berfikiran positif, yakin dengan kuasa tuhan, insyaallah Allah akan yakinkan kita untuk mendepani segala cabaran yang mendatang.. Doalah yang terbaik untuk diri kita sendiri.. usah doakan yang negatif.. doa atau niat maupun keluhan perlu diawasi sentiasa.. percaya kepada kuasa Tuhan melebihi segalanya menjadikan kita bebas dari segala belenggu dunia.. Yang miskin menjadi tenang, yang susah menjadi senang, yang derita menjadi aman dan sesungguhnya dunia ini hanyalah pentas ujian buat orang2 beriman sebelum diganjarkan syurga yang hebat, gah dan kekal abadi selamanya..

Muhasabah Cinta



Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu


-------------------------------------------------------------------

very touching song..