Cabaran 40 hari tanpa fastfood...

Nampaknya aku dah berjaya menamatkan cabaran 40 hari tanpa fastfood spt kfc, mcd, pizza hut dan sebagainya.. kalo dulu mmg hantu betul dgn makanan fastfood ini.. setiap minggu mesti ada home delivery.. tu yg blood pressure naik semacam... :P

Malam ni aku menamatkan cabaran 40 hari dgn celebrate kecil saja snack plate kfc di bawa balik ke umh.. kalo ikut hati mmg nak bawa bucket trus.. hehe.. but pk balik aku sekadar nk didik diri supaya lebih menghargai kesihatan daripada memakan mende2 yang kurang sihat.

Insyaallah, cabaran seterusnya adalah kekal lebih dari 40 hari... maknanya 1 bulan setengah dr skrg aku perlu disiplin katakan tidak pada fastfood.. jika aku kuat sure boleh lanjutkan sehingga 60 hari... but aku blum punya keyakinan tinggi.. masih perlu banyak memikirkan alternatif memandangkan di lembah klang ini begitu byk cawangan fastfood.. mungkin kadangkala tergoda juga.. huhu...

Aku bab makan ni kene jaga sket... kalo sakit sudah tentu aku xleh perform business sptmana biasa... walaupun ada prubsn takaful, ia bukanlah salah satu tiket jaminan utk mengabaikan kesihatan...

Walau bagaimanapun dari segi lain, aku perlu banyak eksesais dan bertindak dengan rasional dalam apa jua keadaan... kejayaan bermula dari minda.. minda yang waras dan rasional.. seterusnya hati yang cekal, tabah dan gigih mendepani apa jua cabaran mendatang...

:)

Sebuah monolog...

Adakalanya hidup ini sukar sekali ditafsirkan.. silih berganti suka duka ini menjadikannya ia sebuah warna warni yang begitu bererti.. aku bertuah diberikan kesempatan untuk melaluinya.. jatuh bangun tangis tawa ria menjadikannya aku begitu dewasa.. matang mendepani apa jua mendatang..

Adakalanya aku berasa bangga dengan memori silam..

Melihat kejayaan dan kebahagiaan mereka adalah sebahagian besar dalam nafasku ini... syukur padamu tuhan.. aku telah berjaya menyempurnakannya..

:)

Kini setiap saat dan detik berlalu.. kejayaan yang bakal ku raih tidak lama lagi menyusul.. walau perit dan pedih.. walau diterpa ombak badai.. terluka dan ditikam berulang kali.. aku kini di garisan penamatnya.. mencipta lembaran kejayaan yang tidak terungkap dengan kata-kata...

Aku tidak pernah sesekali menyesal.. tidak pernah..

Semua ini telah ditakdirkan.. aku mengetahuinya..

Sesetengah orang mampu menjadi lilin menerangi kehidupan.. membakar diri dan pengorbanan terbesar itu amat bermakna untuk diriku.. ku tahu takdir ini adalah yang terbaik pernah aku laluinya.. malah ia umpama sejarah yang pastinya tidak dapat dilupakan..

Namun, segala salah silap ku pohon ampun maaf yang tak terhingga..

Insan x pernah terlepas dari cacat cela.. kita hanyalah makhlukNya yang punya kelemahan..

Segala memori dan kenangan manis tetap terpahat di ingatan.. moga yang terbaik dijadikan bekalan masa depan.. Sinar masih ada.. moga hati tetap pada tuhan selama-lamanya...

Thunder Acoustic AOL Version Boys Like Girls



ni adik faiz punya pasal la lagu ni.. muahaha.. mmg berhantu gak lagu neh.. wah..

Setelah aku jual blueberry-i memandangkan ada orang minat sangat dgn hp tu so aku beli baru Blueberry a 500.. muahaha.. :) pada asalnya aku nk buat bisnes handphone neh, ada potensi sbb ramai yg menunjukkan minat yang agak dahsyat. Lagipun smartphone jenis blueberry ni cukup ekonomik dalam masa yang sama fungsi dia cukup best..

Aku suka function qwerty keyboard dia yang seolah-olah blackberry yang sebenar. Malah facebook apps dan ebuddy dia cukup berguna bagi org yang suka bersocial networking online mcm aku ni hari-hari mengadap fb di samping addicted jg dgn twitter dan email. Dalam masa yang sama senang nak update status tak kira di mana jua kita berada. Paling best dia bagi 2gb memory card percuma, cuma aku akan fikirkan bluetooth headset yang sesuai nnt. hehe..

Apapun kalo nk puas mmg still guna laptop/umobile utk buat kerja.. senang sket.. screen lebih besau dari screen hp.. ahaks.. Aku mmg jenis mobile dah skrg ni, ada 3 rumah aku panggil 3 golden triangle.. PJ - KLANG - SENTUL ... mmg baek punya umah.. aku leh lepak memana saja aku suka.. dalam masa beberapa tahun lagi aku kene manage semua property ni selaku anak sulung.. huhu.. nak kene mengaji la bab property dgn family.. aku masih dok main ebiz manjang skrg...

Oklah.. takat ni dulu pasal sebahagian update.. lama gak smartphone ni aku guna hampir sebulan... :P paling best dan takkan menyesal kalo hilang/tercicir/masuk air kerana harganya tak semahal gila blackberry atau iphone..

p/s: salam takziah kepada blackberry member dari sabah yang kene curi di karnival... huhu..

Terus melangkah satu demi satu...

Permulaan 2010 ini amat bersejarah sekali.. aku pun x tau nak mula kat mana.. seolah-olah terpinga kerana terlalu banyak yang berlaku sehinggakan terkelu. Aku bukanlah insan yang punya kuasa ajaib superman utk mengubah sepertimana yang aku mahukan itu perfect.. cuma kita boleh mencuba selagi terdaya..

Cuma aku terkilan banyak perkara, yang mana x mampu diucapkan di sini.. aku harap akan mengakhirkan semua penderitaan yg tak tertanggung lagi dengan sebuah impian baru ke arah ketenangan dan kedamaian..

Sbb itulah aku ingin pulang ke dalam pangkuan redhaNya...

Dalam banyak2 perkara dari 2004 hinggalah 2010 aku rasa sudah serik dengan 'take for granted' ini yang mana mendewasakan pemikiran aku. Dunia skrg mcm dah nak kiamat dengan segala bentuk keterlanjuran dan desperate yang tak pernah habis.

Aku mahu melihat dunia ini di dalam bentuk yang baharu.. aku mahukan sst yang baru untuk melangkah maju ke hadapan.. jika ada orang yang menghalangnya, aku pasti akan melepasinya jua.. kemahuan hati ini cukup nekad. tiada siapa yg dapat menghalang aku mencapai kejayaan.. noktah !

Itulah antara azam aku yang perlu diamati dengan teliti dalam 7 resolusi tahun baru hijrah dan masihi.. dalam benak ini sudah difikirkan dunia baru nanti.. aku x mahu dengar lagi segala mcm alasan.. aku nak jadi org yang hebat dan terulung dengan tekad pada cita-cita.. itu pasti kerana kesungguhan itu sudah mula dirasa hari demi hari, detik dan setiap saat nafas dihela keyakinan terus memuncak tinggi.

Self-trust is the first secret to success.. ~ Emerson


Sbb itu aku perlu yakinkan diri utk berjaya.. keyakinan perlu jitu.. sebagaimana aku mencapai kejayaan dalam SPM98, UMGRAD2004 & kerjaya pasca ijazah bersama 3 organisasi besar di Malaysia. Kali ini mahu mencipta lagi kelainan bersama 7 resolusi. Ia satu bentuk kaizen / continuous improvement yang tiada henti.

Aku percaya pengorbanan masa lalu akan membuahkan hasil yang terbaik. Sudah tiba masanya untuk terus melangkah ke arah kejayaan al-Falah... :)