Ramai orang tanya kenapa tak berjaya dalam bisnes walaupun sudah 10 tahun buat bisnes ? Ada pula yang kata sudah nasib bertahun-tahun buat bisnes masih belum benar-benar melepaskan belenggu daripada hutang atau masih di takuk lama. Ada juga yang kata saya dah masuk beratus class dan macam-macam teknik yang saya belajar semuanya tak beberapa nak berjaya. Sedangkan orang lain sudah pun berjaya dan kita masih belum nampak sinar cerah kejayaan di hadapan. Soalan ini sampai saya kena buat FAQ supaya sebelum masuk class atau apa jua program saya kena make sure buat TO-DO-LIST gaya para jutawan lain yang buat. Ini supaya dapat manfaat semua untuk para usahawan di luar sana.

1. Kejayaan bermula dari hati. Inilah yang saya tekankan setiap masa. Jika kita masih buat bisnes atau apa jua aspek hidup hanya sekadar 'separuh' atau 'main-main' sahaja sudah tentu hasilnya juga separuh dan main-main. Cuba tanya diri, kalau kita kenal awek cun melecun dan 'terjatuh hati' dengannya serta berhasrat nak tekel dia sebagai kekasih adakah anda akan berusaha memenanginya dengan separuh hati atau sekadar acuh tak acuh ? Atau lebih menyedihkan membiarkan awek itu direbut oleh orang lain ? Cubalah rasa derita itu nanti menghantui hidup kerana kita sekadar 'separuh hati' dan terlepas peluang yang ada di depan mata. Seharusnya bila kita nak berjaya maka peranan 'passion' atau nyalarasa hati itu mesti hebat setiap masa. Bahkan bila tidur pun termimpi-mimpi kejayaan dan bila bangun rasa begitu 'bertenaga' untuk mencapai impian di hati. Kita boleh 'nilai' tahap hati kita terhadap kejayaan. Lagi besar rasa hati untuk berjaya lagi besarlah kejayaan itu akan hadir.

2. Kejayaan hadir dengan TINDAKAN. Syukur alhamdulillah kerana para peserta NAGA sebelum ini telah berjaya dengan hebat hasil tindakan (action) praktis kesemua ilmu NAGA untuk mencipta kejayaan lebih efektif. Ada yang dah berjaya cipta sales 7 angka dan ada pula yang train beribu lagi usahawan baru kita. Hanya ALLAH yang dapat membalas jasa kalian dengan mengembangkan ilmu NAGA ini kepada yang benar-benar nak berjaya. Kepada yang sudah belajar ilmu NAGA maka buatlah TINDAKAN (action) janganlah pula buat labu peram selepas belajar. Ini satu sabotaj terhadap diri sendiri. Saya begitu mengharapkan anda berjaya dengan TINDAKAN yang konsisten, istiqomah dan tidak putus asa. Kita harus berani untuk melakukan yang terbaik. Inilah prasyarat kejayaan. Just do it !

3. Kejayaan lebih mudah dengan DOA. Setelah kita berusaha gigih dengan tindakan yang hebat maka berdoa dan bertawakal pada ALLAH. Ini kerana hanya ALLAH yang berikan kejayaan kepada kita. Bukan makhluk. Apa yang ALLAH beri di dalam dunia ini hanyalah 'ujian' buat kita. Ada orang yang tidak percaya kuasa Tuhan, dan anggap semua kejayaan itu hadir kerana usahanya sendiri. Nauzubillah... Ini semua perlu dijaga dan diperhati baik-baik jangan sampai menjadi hamba yang takbur seperti Qarun yang ditelan bumi. Biarlah kita berjaya dan kaya dengan berkat doa yang ikhlas inshaALLAH murah rezeki dan pintu kejayaan semakin jelas di hadapan dengan amalkan ayat seribu dinar :


Moga ketiga-tiga tip di atas dapat membantu anda semua mencapai kejayaan dengan cara yang diberkati dan dirahmatiNya. Perumpamaan yang boleh kita hayati :

“Beribadahlah sekuat tenaga seolah engkau mati esok, dan bekerjalah untuk dunia seolah engkau akan hidup selamanya, seandainya hari ini belum berhasil apa yang kita inginkan, usah terlalu bersedih kerana masih ada masa untuk berusaha lebih baik tanpa berputus asa dengan rahmat Allah yang tiada terhitung banyaknya..."


Ramai yang risau dengan persepsi krisis ekonomi 2015 dan dijangka kembali seperti tahun 1997/98 dan saya ini rasa adalah anggapan yang silap besar. Negara kita bukan seperti kondisi tahun 1997/98 lagi kerana situasi 'free float currency' menyebabkan krisis besar dan kini kita dalam kondisi 'managed float' oleh BNM membolehkan kita mengurus ekonomi lebih stabil.

Walau apapun masa depan kita bukanlah Tuhan untuk menentukan segala-galanya. Adalah salah untuk claim kita mengetahui dengan tepat apa yang akan berlaku pada 2015. Tapi kita perlu urus kewangan diri dengan smart.

Antaranya ialah dengan adanya 'Risk Management' setiap masa, minggu, bulanan dan tahunan. Ada perancangan short, mid & long term strategy. Malah dalam risk management ada juga pengurusan hutang (debt management). Cara paling selamat adalah kurangkan hutang dan banyakkan simpanan.

Dalam apa jua krisis ekonomi jika lakukan 3 perkara ini maka akan selamat. Ianya adalah :

1. HAVE GOOD FAITH
Yakin dan Percaya dengan ALLAH itulah paling penting daripada segala-galanya. Ramai orang bertawakal dengan duit maka ia menjadi hamba kepada duit. Usah begitu sebaliknya kita menjadi hamba ALLAH dan percaya dengan kuasaNya akan mampu mengubah hidup kita lebih positif.

Firman Allah s.w.t.: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. 
(At-Talaq:2-3)

Bila yakin dan percaya dengan ALLAH maka kita akan semakin jelas (clarity). Clarity is the power that can lead us to better life. Jangan panik, kerana ia boleh membawa kepada malapetaka. Oleh itu kita wajar mempunyai 'faith' yang jelas dan baik. Ini kerana kata-kata mentor saya, "Orang yang tenang sentiasa menang" patut dihayati dalam hidup kita.


2. CONTROL YOUR DEBT
Kawal tahap keberhutangan kita dengan lebih sistematik. Kita tak perlu berhutang untuk perkara yang tidak perlu terutamanya personal loans atau credit card. Jika ada pun kita boleh manage dengan baik setiap bulan tepat pada masa. Kawal credit score dan monitor CCRIS atau CTOS. Kita mahu dapatkan financial score yang tinggi supaya mudah untuk dapatkan facility di masa hadapan.

Di dalam Islam sudah ada doa daripada hadis Nabi SAW yang sahih untuk melangsaikan hutang.

Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?” Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” Jawab Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pada pagi dan petang bacalah: اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن… (Doa di atas). Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.” 
(Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).


3. THE MORE YOU GIVE, THE MORE U GET BACK
Banyakkan sedeqah kerana ia mampu membuka pintu rezeki. Di dalam bab ini, orang barat jarang memperkatakannya kecuali dalam bab CSR. Namun orang Islam bertuah kerana ada hadis Nabi menyebut tentang dahsyatnya sedeqah.

Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” 
(H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

Apabila kita bersedeqah lagi banyak maka ALLAH akan membuka pintu rezeki lebih mudah.

“Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah, sebelum kamu mati. Bersegeralah melakukan amalan amalan salih sebelum kamu kesibukan dan hubungilah antara kamu dengan Tuhan kamu dengan membanyakkan sebutan (zikir) kamu kepadaNya dan banyak bersedekah dalam bersembunyi dan terang-terangan, nanti kamu akan diberi rezeki, ditolong dan diberi kesenangan.” 
(H.R Ibnu Majah.)

“Sesiapakah yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepadanyalah kamu dikembalikan.” 
[Al-Baqarah 2:245]

Kesimpulan :
Moga perkara ketiga-tiga ini dapat memberikan kita keyakinan untuk mendepani apa jua cabaran mendatang. Saya doakan semua pengunjung blog saya ini akan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah tidak kira di mana jua kita berada.

Terima kasih kerana sudi membaca.

FAHMY ADAM
Founder Teknik 7 Naga



Copywriting adalah seni penulisan komersil yang diibaratkan seperti 'poison gas' atau gas beracun yang boleh menyebabkan orang terasa, terhidu dan teracun (akhirnya terbeli produk kita).

Namun sayangnya, ramai usahawan yang 'kureng' ambil berat akan hal ini. Copywriting penting dalam bisnes kerana ia adalah cara untuk menyampaikan mesej dengan perkataan yang paling memukau pelanggan. Jika kita berjaya memukau pelanggan bermakna copywriting yang digunakan begitu berkuasa dan hebat sehingga pelanggan menyerbu kedai atau bisnes kita setiap hari.

Untuk menarik perhatian pelanggan, ia bukan sekadar teknikal facebook ads. Ia juga bukan sekadar statistik angka prospek yang dihubungi. Sebaliknya cara penyampaian kata, bahasa dan emosi yang betul.

Jika difokuskan kepada teknikal power editor facebook ads tetapi copywriting dan call-to-action tiada maka sia-sia saja orang tidak 'melihat' ads kita tersebut. Perlu diingatkan yang melihat ads atau karya copywriting kita bukannya robot atau mayat zombie sebaliknya adalah 'manusia' yang mempunyai hati dan perasaan.

Ramai orang ikut dan 'syok sendiri' bila buat copywriting. Sepatutnya mendalami hati dan perasaan pelanggan itulah lagi penting. Nak buat sales perlukan seni, dalam masa yang sama memerlukan teknikal part yang support bisnes untuk jangka masa panjang.

Namun jika anda inginkan 'seni' ini dalam bisnes, maka saya aturkan pertemuan dengan mentor saya sendiri iaitu Sifu Jef Hazimin Jaafar yang pakar di dalam menulis lagu yang menjadi kegilaan seluruh dunia seperti dilakukannya kepada lagu-lagu Raihan, Saujana dan NowSeeHeart.

Jika beliau menjadi penulis untuk bisnes anda, sudah tentu idea itu benar-benar 'remarkable' dan bakal menjadi pencetus kebangkitan bisnes anda. Sebab itulah saya sarankan mana-mana usahawan untuk grab ILMU terbaik oleh Sifu Jef Hazimin Jaafar di dalam Bengkel Air Liur Emas Usahawan yang menjadi penutup event kami tahun ini.

Berkemungkinan besar Sifu Jef akan dedahkan rahsia multi-million company dari Jepun yang merupakan client beliau di Malaysia. Cara beliau approach global market dan client universal sememangnya dikagumi. Saya sendiri ambil coaching beliau eksklusif selama 2 jam sudah tentu bernilai lebih daripada 4 angka. Namun kami akan 'simplify' di dalam satu event akhir tahun ini lebih murah dan paling lejen pernah diadakan berbanding event lain sebelum ini.

Siapa cepat dia dapat.... Inilah rahsia 'poison gas' saya untuk copywriting yang memukau pelanggan. Rugilah kalau anda terlepas kerana ia adalah yang pertama dan juga yang terakhir diadakan oleh team kami.

Mengapa ianya eksklusif ?

Kerana Sifu Jef masanya terlalu pack schedule di merata tempat. Bukan senang nak handle tarikh yang sesuai, bila dah confirm tarikh 28 Disember 2015 ini maka make sure kita sama-sama bersedia untuk menyerbu beliau di dalam class pertama dan terakhir ini.

Siapa Cepat, Dia Dapat !


Ramai usahawan dan kengkawan rapat saya yang lain tergezut kerana 'statement' radikal ini sepanjang saya menguruskan Road Tour Teknik 7 Naga ke seluruh Malaysia. Ya, sememangnya saya dilahirkan untuk 'mengejutkan' lena yang panjang. Setiap sesuatu ada hikmah yang perlu dikaji, diteliti dan ditafsir sebaik mungkin supaya jika akaun facebook anda diblock atau disable at least sudah ada backup jalan selamat untuk survive bisnes tanpa perlu bergantung dengan facebook semata-mata.

Facebook Sudah Tenat !

Ini bukan kali pertama ia disebut. Malah ia berulangkali disebut oleh mentor jutawan lain dan mereka ada yang sudah 'give up' dengan facebook. Malah mentor saya dulunya pendokong tegar FB ADS kini menjadi anti-FB ADS selepas melihat senario sebenarnya 90% yang masuk class FB ADS semakin 'terdesak' malah terpaksa 'bakar' duit habis dek algorithm terbaru.

Fenomena JERUNG menelan ikan bilis benar-benar berlaku di depan mata kami semua. Bertambah kasihan lagi bila usahawan newbie yang baru merangkak-rangkak bertatih dalam bisnes terpaksa membayar harga beribu ringgit yang tinggi untuk ditelan JERUNG ini.

BERHENTI jadi mangsa.

Kenali siapa Mark Zuckerberg yang merupakan hacker. Maka sememangnya dia tidak boleh dipercayai kerana mereka mahukan duit lebih daripada pengguna Facebook. Sebab itulah walaupun legal advertising namun kualiti FB ADS semakin teruk dan diragui. Berikut adalah salah satu video di dalam sesi Teknik 7 Naga untuk membuka mata anda semua risiko 80 juta fake account facebook yang jeopardize sistem FB ADS.



Jika ada berjuta fake account termasuk di Malaysia, ini bermakna sistem FB ADS tidak lagi berkualiti malah menjadi sistem paling mengarut. Adakah kita terpaksa bayar ribuan ringgit untuk dapatkan leads atau database user fb sedangkan boleh didapati secara percuma melalui teknik lain ?

BERTINDAK sebagai Hero !

Kita tidak perlu jadi mangsa dek kerakusan facebook ini. Jadi HERO yang akan 'override' sistem facebook dan eksploitasikan loopholes facebook sehingga untung ratusan ribu ringgit. Inilah penangan NAGA yang membuatkan ribuan usahawan terkesima. Ianya mampu membantu bisnes kita tanpa perlu bakar duit semata-mata facebook.

Nak tahu lagi ?

Mungkin saya tak perlu cakap panjang lagi. Kerana salah seorang peserta saya berjaya memanfaatkan salah satu silibus NAGA dengan menerbitkan satu lagi video panduan zero-cost marketing hanya guna mobile phone. Ya, beliau antara ikon baru yang hebat. Malah peserta saya paling setia dan dikagumi kerana BERANI mendedahkan rahsia terbesar kaut ribuan followers Instagram tanpa sebarang kos. Saya kira ini antara ILMU terbaiknya yang menandingi otai sifu yang lain.

Kuasa HEBAT Instagram ★ Mesti Baca !

Sebenarnya dalam class Teknik 7 Naga ada didedahkan rahsia best Instagram kerana marketing lebih pantas dengan hanya mobile phone. Malah salah seorang peserta T7N memang jutawan yang all-out guna Instagram. Memang kenalah bila saya present Naga 5 yang ada kaitan dengan bab Insta ini. So nak diringkaskan cerita, saya teruja bila banyak rahsia best Insta dibongkarkan di dalam video DVD Manipulasi Instagram dilancarkan untuk menarik beribu followers.

 Nak beribu followers Instagram ?
 Nak ledakkan sales di handphone anda ?
 Nak lebih banyak keuntungan berganda ?

Boleh cepat-cepat lihat video DVD Manipulasi Instagram ini sebelum terlambat !