My next project... 2010.. :P



Already added to my new wishlists for the next year project.. mahal gak DSLR neh.. dalam RM6k skali dgn light/lense.. aku rasa boring la asyik guna gambo orang lain manjang.. dah tiba masanya aku blaja jd photographer.. dan manipulate photo for my own artwork..

Mmg project ni agak mahal sket, tapi aku rasa berbaloi.. senang nk shoot pic yg best2 mcm bro saiful nang.. akhirnya nanti aku leh jadi freelance wedding photographer.. dapatla merakamkan saat memori indah.. seolah2 aku mengalaminya sendiri.. hehe :)

Skrg ni asyik tgk je org shoot pic.. aku pun teruja gak neh.. adeii.. namun xpelah tahun ni aku dh invest byk kt workstation & ebiz.. rasanya dh more than 10k skrg nih.. sib baik pulangannya lumayan... :) alhamdulillah.. boleh la nk kejar impian lain pula..

Sekiranya kita yakin dan berusaha.. sudah tentu mampu capai apa jua impian... di mana ada kemahuan di situ ada jalan... where there's a will, there's no mountain too high...

Dream It, Believe It, Achieve It...! :)

Antara impian dan harapan...

Dalam hidup ini aku punya banyak impian.. dan sebahagian besar impian itu hampir dicapai dengan baik dan sempurna.. career & business menjadi pemaju utama.. namun dari segi personal ia sukar ditafsir.. namun aku masih punya harapan untuk merealisasikannya..

Harapan itu mudah berkecai apabila seseorang itu tidak memahami erti tanggungjawab dan tugas hakiki hidup di dunia ini. Kita perlu memahami sebenarnya peranan dan misi ini krn jika tidak maka sia-sialah erti pengorbanan.. Natijahnya tiada lagi guna harapan yang sekadar menjadi angan-angan maupun mimpi utopia indah...

Kini aku menyedari bahawa impian boleh dicipta baru.. harapan pula pasti mekar semula. Aku hanya perlukan dorongan yang asli dan bukannya mimpi. Oleh sebab itu aku mula faham signal tuhan sejak bulan Ramadhan sudah.. akhirnya aku memahami segalanya kerana sudah tiba untuk berani mencari impian baru.. menjelajah pengembaraan yang lebih menyakinkan...

Aku perlu melestarikan kebijaksanaan.. menghindari kepongahan dan cetek akal pemikiran yang boleh menghilangkan jatidiri seorang pemimpin masa depan.. Sudah tiba masanya melepaskan belenggu yang menyiksakan dan biarlah ia kembali bebas untuk mencipta kejayaan baru yang lebih baik.

Penghalang utama kejayaan adalah ketakutan kepada misteri kehidupan.. takut kepada kegagalan dan tidak mahu membuat perubahan.. inilah yang menjadikan kita paranoid.. akhirnya level hidup kita di takuk lama dan tidak berkembang.

Aku rasa rugi kalo tidak ada progres positif dalam hidup, umur semakin meningkat dan dalam masa yang sama status perlu tinggi untuk menjadikan kita sebagai insan yang berjaya.

Kita tidak perlu takut apa2 ttg masa depan.. just live life to the fullness..

Sbb aku rs masa depan itu bukanlah sptmana yg kita jangkakan.. nak banding aku 10 tahun dulu mmg cukup berbeza.. aku rs dulu hanya budak fresh salad di UM yang baru dapat kenal dunia kampus uniperdana.. skrg ni mmg dah jadi kenangan terindah.. aku sudah melalui 1 transisi yang mengagumkan.. mmg tak jangka aku memiliki banyak impian sptmana yang dimahukan pada hari ini..

Impian dan harapan kini semakin rancak.. segalanya semakin jelas dan hebat... :)

NADAMURNI - Bila Nur Melimpah Di Hati

Teringat nostalgia lama semasa di smakl dulu...

Kuharap...

Hidup ini bukannya semudah yang dijangka.. adakalanya dugaan membuatkan hati kita lebih tabah dan sabar dalam mendepani apa jua cabaran mendatang.. Ku hanya mampu berdoa dan berharap moga Allah permudahkan segalanya bagiku..

Dalam sujudku penuh keinsafan.. sedar betapa kerdil diri ini tanpaMu di sisi.. ku tadahkan tangan untuk memohon keampunan dan pedoman. Moga dilorongkan rasa cinta ini hanya untukNya yang kekal abadi..

Kuharap suatu hari nanti.. impianku jadi kenyataan untuk bertemu denganMu.. dalam limpahan kasih sayang dan rahmat yang berpanjangan.. Bahagia dan aman tiada derita tanpa sengsara.. segalanya indah denganMu.. tuhan yang Maha Agung lagi Maha Mengasihani...

Sedar tak sedar kita sudah menghampiri Syawal.. Bagaimana KPI ramadhan kita tahun ini ? ada peningkatan ? Saya bersyukur kerana diberikan kekuatan utk terus berqiyamullail sejak 10 malam terakhir.. Saya rs tahun ini ada peningkatan krn bersemangat utk merebut lailatul qadr.. begitu banyak fadhilat malam lebih baik dari seribu bulan.. kalo bole dapat 1 dlm seumur hidup pun jadilah...

Oklah kalo dapat lailatul qadr mmg sambut syawal dgn gembira sekali.. barula terasa betul hari raya aidilfitri.. :)

Dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari lebaran aidilfitri kepada semua pembaca blog langbiru ini serta sesapa jua yang mengenali saya di alam maya..

Maaf zahir batin minal aidil wal faizin.. ampun maaf dipinta jika ada yang pernah tersinggung.. kita semua insan biasa yang tak terlepas dari sebarang kesalahan.. moga Allah ampuni kita dan rahmati hidup semua... :)

Sedang memikirkan masa depan...

Pagi ni aku bangun awal, seawal 4 pagi mama dah di dapur menyiapkan sahur.. begitu kuat dan tabahnya hati seorang ibu untuk keluarganya.. aku mengagumi ibu dan bapa kerana penuh prihatin dan kasih sayang yang x berbelah bahagi.. aku begitu bertuah krn punya anugerah keluarga yang sebegini..

Rasanya aku dah mula menyukai mengenai masa depan.. gambaran begitu bebas dan hebat.. aku harap selepas ini dapat meneruskan impian dengan lebih baik tanpa rasa ragu-ragu lagi.. terlalu banyak yang telah dikorbankan.. akhirnya aku terpaksa menjadi bahan korban menyebabkan jiwa ini juga hampir terkorban.. apapun masanya sudah tiba.. keputusan harus dibuat utk kebaikan semua pihak.

Aku teringat lagi ketika di Guoman Resort pada tahun 2004.. terlalu banyak kenangan yang telah dilalui dan semuanya menjadi bekalan pengalaman yang tak ternilai harganya.. Sang matahari terbenam memberi peluang bebintang untuk menyinari malam.. kendian esok hari matahari muncul semula menghidupkan alam yang penuh misteri ini..

Semuanya sunnatullah.. aku mula memahami hidup ini lebih baik.. dari masa ke semasa mempelajari yang terbaik.. dan akhirnya aku bangun sebagai insan yang tabah dan bersyukur.. Rasa bertuah kerana diberi peluang utk meneruskan perjuangan.. Aku cukup berbangga dengan segala apa yang dimiliki hari ini.. dan sudah tentu masa depan lebih cerah dan ceria dgn pelbagai impian baru yang bakal diraih..

Event yang sempoi...

Awal pagi aku dah sampai ke Hospital Putrajaya utk menguruskan kerjasama majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri 2009.. Mmg agak blur sket sbb hospital ni jarang dtg dan kelihatan serba baru berbanding hospital yg pernah aku datang sblm ini.

Apapun aku dengan beberapa staf hospital putrajaya berbincang scr berdiri utk mempercepatkan keputusan. Banyak soal persiapan disentuh dan tidak semena-menanya Y.B Menteri laju keluar dari lift dan sempat bersalaman dgn aku sblm terus masuk ke dalam auditorium tepat kol 9.00 pagi..

Unexpected tul sbb event dirancang bermula 9.30am dan ia terawal 30 minit dgn ketibaan VVIP yang lain. Apapun aku bergegas mencari MC yang dari tadi di luar.. Kemudian lega bila dah kelihatan masuk ke arah rostrum setelah 10 minit menteri singgah di kerusi.

Permulaan yang agak slow juga bagi aku.. rentak dan nada MC kurang sesuai bagi aku.. Spttnya orang yang lebih bersemangat dan bernada sesuai dgn rentak menteri yang berstatus Mejar Jeneral. Xpelah next year aku usulkan nanti MC perlu lebih peka dgn sebarang perubahan yang berlaku.

Ucapan seterusnya oleh CEO yang nampaknya lain sahaja hari ini. Mungkin ada sumthing yang berlaku sebelum program. Apapun segalanya beransur baik selepas Y.B Menteri berucap banyak menyentuh soal peranan organisasi, kepentingan pembayar zakat seterusnya bersyukur dengan segala anugerah yang telah dikurniakan Allah swt..

Sikap humor Y.B mmg mencuit hati audiens pagi tadi.. Hilang ngantuk dan segar kembali dgn senyuman.. Atmosfera event kembali cerah dan ceria. Bagi aku ucapan Y.B mmg sempoi dan berisi. Mmg dikagumi sebagai seorang menteri yang berwibawa dan petah bicara di hadapan crowded maupun camera.

Alhamdulillah petang ni aku boleh menarik nafas lega.. tinggal 1 lagi event di PPUM pada hari khamis ini. Yg mana kerjasama dengan beberapa pihak hospital akan menjadi kenangan terbaik 2009 untuk diri ini..

Dimungkiri janji berulang kali...

Sudah bertahun rasanya dikhianati dengan janji yang tak pernah ditepati.. kenkadang kecewa dan pilu itu semakin tak tertanggung apatah lagi harapan yang menggunung tinggi hancur luluh dan tiada gunanya lagi...

Aku terpaksa berdepan dengan perasaan ini sepanjang masa.. menongkah arus dan meniti bilahan hari dengan penuh rintangan serta tribulasi yang memeritkan. Namun hatiku masih cekal mendepani apa jua dugaan.. Krn pasti suatu hari nanti akan dikembalikan hak keadilan itu pada tempatnya oleh tuhan yang Maha Adil Saksama...

Dunia menjadikan diri ini semakin dewasa.. Pengalaman silam dan semasa menjadikan hati lebih matang dalam memilih jalan dan warna kehidupan.. Aku masih memberikan ruang dan peluang terakhir biarpun tahu akan disakiti dan dikhianati lagi...

Sehingga satu masa ku mengetahui kenkadang segelintir manusia sukar berubah dan tidak suka diubah menjadi manusia yang lebih bermaruah. Sikap 'take for granted' akhirnya nanti akan diadili dengan seadilnya...

Mungkin inilah aku menulis kali terakhir mengenai mungkir janji.. kerana selepas ini tiada lagi ruang utk dikhianati dan dimungkiri janji lagi buat selama-lamanya...

Believe & Achieve....!

Selama ni aku buat bisnes terikut-ikut dengan rentak orang lain... Apa kata kita ikut gerak hati sendiri dan cipta kejayaan dari passion sendiri... itu lebih puas hati. Aku dapat laburkan banyak masa dengan penuh keasyikan tanpa perlu rasa bimbang lagi. Aku perlu percaya jalan ini adalah jalan yang selamat dan terbaik. Kita mengawal bisnes sendiri, tanpa perlu bergantung kepada sumber yang penuh ketidaktentuan.

1 lagi perkara ialah keyakinan diri itu penting. Jika nak dibandingkan bisnes model lain, aku rasa ebiz skrg sudah meningkat 200% berbeza daripada setahun dulu.. Dlm masa yang singkat, secara part time.. kini ia mampu menjana passive income yg lumayan.

Apa yg penting adalah kepercayaan dan kemudiannya bersedia utk menerimanya...

Bila kita percaya boleh lakukannya insyaallah ia akan datang dengan sendirinya... Yg penting kita perlu yakin dgn diri utk memilih apa jua perkara dalam katalog alam utk diri sendiri maupun orang lain...

Bermula dari hati.. ia akan menyerlah keseluruh alam.. :)