Hari terakhir 2008....

Meneruskan agenda perjuangan ummat
Dari seorang yang terpinga-pinga dalam hidup kini semakin jelas dengan arah tuju matlamat hakiki.. aku percaya sepanjang 3 tahun bersama maiwp dapat belajar sesuatu yang cukup hebat.. inilah yang dinamakan perjuangan.. bergelut dengan masalah ummat bukanlah suatu yang mudah.. ia ibarat di medan perang.. jika lemah semangat sudah tentulah akan tergugur awal... dengan itu segala pengalaman dan peluang ini digunakan sehabis baik.. aku harap dapat menyumbang untuk ummat Islam dengan penuh dedikasi.. insyaallah...


Bermuhasabah & kaizen
Sempena dengan ma'al hijrah dan tahun baru 2009, tak usah buang masa lagi.. apa yang penting lakukan pengauditan terhadap diri sendiri... adakah kita sudah cukup bagus ? adakah banyak lompang kelemahan yang perlu diperbaiki ? adakah impian sudah dicapai ? adakah matlamat kita masih jelas dan betul ? semua ini penting.. lakukan kaizen, buat perubahan yang lebih baik.. tanganinya segalanya dgn positif.. usah lemah dan tidak yakin diri, jangan sesekali putus asa dari rahmat tuhan... apabila kita bermuhasabah insyaallah di masa depan kita akan memberi pengajaran kepada diri sendiri supaya tidak lupa, tidak alpa dalam apa jua aspek sekalipun..


Bersedia berdepan dengan hari-hari mendatang
Kejayaan masa lalu perlu dilupakan.. kini kita cipta kejayaan baru yang lebih menyakinkan. tahun 2009M dan 1430H adalah suatu yang sentiasa baharu. setiap hari adalah baru.. matahari terbit dan tenggelam, bulan bintang bersilih ganti.. esok masih ada.. namun hari inilah kita perlu merancang masa depan. Jika kita tidak mempunyai rancangan, sia-sialah hidup di dunia ini.. dont take anything for granted.. kita perlu berusaha lebih kuat.. lebih bijak dan sentiasa peka dengan peluang & potensi hebat.


Mood kerja vs mood cuti...

Dah beberapa hari aku busy dengan experiment di enetmind.com.. seronok pulak kerja sedangkan orang lain bercuti.. so semalam sempat layan 5 dvd movie.. ada 1 lagi belum sempat habiskan... aku rasa dalam 1 hari bole tgk 3 movie jer... pastu dah rasa mcm membazir masa aja krn alangkah baiknya focus kpd kerja underground....

Dulu semasa di era kebangkitan Pixel Impact aku pernah x tido 2 hari krn passionate dengan sistem website baru diberi nama CMS Mambo.. sekarang ni dah dinamakan Joomla.. so skrg ni kalo nak wat mcm dulu rasanya dah x sesuai... body pun dah tak seaktif dulu, kesihatan kene banyak jg skrg..

Lagipun kene kerja smart.. kerja sikit tapi hasilnya banyak... ini kene ada perancangan yang rapi.. dulu aku kerja semberono jer.. main taram.. skrg ni kita dah ada jadual dan schedule serta gantt chart yang akan guide segala project yang ada. Apa yang pasti hasil akan tetap ada.. walaupun sikit tetapi lama2 ia akan jadi bukit...

Apa kelebihan kerja di masa orang cuti ?

Lebih sunyi.. lebih aman.. dan lebih focus.. jalan raya pun x jem.. orang pun x ramai dan kepala tak terlalu banyak fikir sangat yang berat2... Mmg citarasa aku suka kerja dalam keadaan sunyi dan senyap... bukan bising mcm ayam bertelur riuh sekampung... hehe... Nanti aku nak pindah sentul, nak ada privasi yang hebat... aku nak focus workstation yang stable & reliable.. barulah dpt wat kerja dengan sepenuh hati... nak jadi webmaster sejati..

Aku dapat membayangkan income yang mencurah-curah masuk dalam akaun bank hasil dari kerja internet.. semua ini boleh dicapai.. dan sekarang aku dah merasai sebahagiannya... target aku rm10ribu sebulan dgn kerja passive income sebegini..

Ada produk yang bagus... sistem autoresponder yang produktif.. sistem viral yang efektif serta social networking yang besar... cukup 4 elemen ini maka aku sudah menghampiri kejayaan sptmana jutawan internet yang lain..

Moga tahun 2009 akan memberi lebih banyak tuah.. perjuangan ini masih baru bermula..

Giat mencari rakan jv business 2009

Alhamdulillah tadi dah dapat sorang lecturer seni utk jv dalam satu produk CD yang bakal dikeluarkan pertengahan 2009. Aku suka menambah kenalan dan bersama kolaborasi untuk mencapai matlamat kejayaan. So ia dah menjadi 3 rakan JV setakat ini untuk 2009, 3 jenis bisnes yang cukup memberangsangkan.

Aku suka main perancangan short/mid/long kerana ia membolehkan kita mencapai matlamat lebih cepat. Aku perlu berkembang dari salah satu segi terutamanya niche ebiz di Internet yang cukup luas. Sekiranya lebih banyak rakan jv maka lebih besarlah peluang untuk kita berjaya dalam masa singkat.

Target utama ialah tahun 2011 dah capai status financial freedom. Masa tu passive income saja dah berjaya setelkan semua bil dan debt serta boleh melancong seluruh dunia tanpa risau apa-apa lagi.. Aku nak gi haji sebelum umur 37.. dan dah ada empayar besar yang mampu membantu generasi muda Islam..

Masa inilah untuk kembangkan network.. aku dan rakan jv yg juga mempunyai berpuluh lagi volunteer mampu menjayakan misi ini.. Emm seronoknya ada impian.. harap ia dapat direalisasikan... aku takut juga keadaan dunia skrg yang mcm tlalu byk tanda2 kiamat..

But.. selagi hidup.. inilah masanya utk berusaha dan berbakti.. jihaduna fi sabilillah.. aku lebih suka jihad ekonomi.. inilah antara yg mampu aku lakukan..

Perjuangan masih belum berakhir... cabaran baru menanti, genggam semangat biar padu di hati.. aku rasa tahun ini boleh tersenyum bangga kerana sudah banyak perkara dapat diselesaikan.. insyaallah tahun dpn akan lebih berjaya lagi.. :)

Move forward... towards al-Falah !

Sehingga kini aku sudah mencipta banyak perkara yang mustahil dilakukan dalam hidup... Jika dibukukan kisah jurnal langbiru mungkin berdozen jilid mengalahkan ensiklopedia britannica.. kegagalan masa silam menyebabkan aku lebih cekal dalam hidup. Lebih berani dan lebih yakin pada diri sendiri.

Dulu aku keliru dalam soal-soal kehidupan, dan kini ilmu & pengalaman menjadi senjata utama di dalam medan perang yang mencabar ini. Adakalanya tersungkur rebah juga di medan pertarungan, namun bingkas bangun kembali melangkah ke hadapan menerobos halangan dengan penuh keberanian...

Kecekalan sebegini bukan mudah.. adakalanya kita terpaksa menelan segala kepahitan dan penderitaan yang tidak terbayang peritnya.. namun segalanya terpaksa ditelan, dihadapi dan ditempuhi walau tidak tertanggungnya lagi... umpama bilahan hari yang ntah kapan bila mahu menjadikan kita mangsanya...

Itulah pengalaman berharga yang menjadikan aku seorang yang setia pada impian walaupun berdepan dengan saat-saat getir kehidupan.. di mana kita menetapkan dunia ini sebagai wadah akhirat nanti.. berjuang sehabis baik di dunia dan meraih ganjaran akhirat yang kekal abadi..

Impian al-Falah ini mengatasi segalanya... bersumberkan redha Allah swt.. berusaha memperbaiki diri walau kita insan yang penuh kelemahan.. tanpa berputus asa pada rahmat dan rezeki tuhan.. insyaallah kita pastinya berjaya ke hadapan... :)

Raya dan Diet

Selepas solat raya, makan nasi dgn sambal ikan special dan rasa kenyang gler.. sedap gak ayang masak.. hehe.. then makan honey dew.. aku x leh la nak makan daging lembu, sbb biasanya kat subang tgk org sembelih lembu dan makan sup lembu... oleh kerana blood pressure aku masih tinggi, so mmg tak sesuailah memperjudikan kesihatan utk makan makanan yang berisiko..

Raya tahun ni mmg unik sket kat KL neh.. ada byk open house.. cumanya aku masih khuatir kalo makan byk boleh jatuh sakit.. disebabkan saiz perut semakin mengembang, aku rasa sudah tiba masanya utk diet dgn makanan buah dan sayur serta bijirin. Kurangkan nasi dan banyakkan bijirin. Nak buat ni azam 2009. kurangkan 10 kilo.. haha..

Mende ni kene disiplin dgn ikuti tips berikut..

  1. Kurangkan nasi dan lauk serta banyakkan bijirin, roti, fiber, sayur dan buah. Diet pisang pun bagus.
  2. Kurangkan high-calorie foods mcm french fries, mayonis, salad dressing, potato, hot dog. Sebaliknya fish-based boleh jadi pengganti.
  3. Minum air kosong banyak at least 3 liter sehari.
  4. Sardin & ikan adalah pilihan terbaik daripada ayam dan daging lembu sebagainya.
  5. Minum jus buah belimbing atau limau suam utk reduce blood pressure.
  6. Cuba berhenti makan fast food mcm KFC, pizza, McD dan sebagainya.
  7. Eksesais paling kurang 5 minit tiap hari.. buat 10 tekan tubi atau punch bag.. ataupun kemas rumah, basuh baju/keta dan shopping di tempat besar mcm di Carrefour, Mydin, Giant sebagainya.
  8. Timbang berat badan seminggu sekali paling kurang. Kendian buat penyelesaian sekiranya ia mendatangkan kesan atau sebaliknya.
  9. Disiplin & jangan main trik kotor makan ubat pelangsing sebagainya. Be natural.
  10. Confident paling kurang dapat turunkan 10 kilo dalam masa 3 bulan. Ini target asal.. moga ia tercapai..

Amanat Dari SS Mufti (Bhg 1) - Dr Asri

Saya mengagumi ketokohan Dr Asri sebelum dia menjadi mufti lagi.. sewaktu beliau aktif menjadi lecturer dan mengenalinya di dalam forum al-ahkam.net

Walau byk isu yang dilabelkan kepada Dr Asri, namun ilmu dan ketokohan berani menegakkan kebenaran tak kiralah UMNO atau PAS beliau berjuang di landasan sptmana ulama2 yang lain.. Syeikh Imam Syafie, Hambali juga tidak berparti.. apa yang tegakkan adalah kalam Allah.. tidak lebih dari itu..

Di akhir jawatan mufti, Dr Asri tidak meminta untuk disambung krn tidak mahu dijadikan soal politik dalam perjuangannya.. keberaniannya disegani lawan dan kawan..

Adalah silap besar org label dia ni pro wahabi ka atau lain2 label.. ini adalah pandangannya berasaskan ilmu yang cukup besar buat ummat Islam di Malaysia... beliau menentang keras Islam Hadhari.. beliau juga menentang akta2 zalim draconian spt ISA.. ini krn beliau percaya Islam itu sudah mencukupi.. mempunyai hujah dan jawapan bg setiap aspek hidup manusia..

Isu beliau hanya membawa tajdid perubahan dalam ummat Islam.. dan aku merasakan ada selisih faham antara mufti 'tua' dan 'muda' di negara ini.. tp bagi akulah.. mufti muda spt Dr Asri berani dlm menyatakan sesuatu kebenaran lebih baik daripada mufti 'tua' yang senyap, bisu dan berada dibelakang mereka yg berkepentingan..

Apapun buat Dr Asri.. teruskan perjuangan.. jgn lupa kami di Malaysia.. masih byk perubahan yang perlu dilakukan.. tajdid selagi nafas masih ada...

Hari yang rileks dan santai..

After menyibukkan diri di office sehingga waktu lunch trus balik umah pj dan tido.. hehe.. sleep like a baby... then petang2 begini online smula nak cari idea fresh atau wat sumthing profitable..

Bila check email semuanya ok masih undercontrol.. skrg masa utk berehat dan menyetelkan project2 yang tertangguh.. aku dah kurang wat promotion cd.. insyaallah start balik bila musim org gomen masyuk gaji.. beri masa cooling period.. sblm sibuk kembali..

Apapun akhir tahun ni duit byk masyuk.. alhamdulillah.. kalo bole nak multiple it more.. ehe.. percaya pada perniagaan dan jadikan ia satu agenda perjuangan penting dlm hidup.. semasa dalam seminar bersma Dr Irfan, segala penerangannya begitu mudah sekali..seolah2 ebiz ini mcm kacang.. dan aku memahami focus kepada core business adalah penting sblm mengembangkan arena lain..

Aku percaya teknik ini mampu dimultiplekan, boleh diduplicatekan.. then kenelah berusaha dgn lebih strategik pada tahun hadapan.. apa yg penting adalah promotion dan list email serta viral system.. seme ini perlu ditangkap dgn bijaksana..

Dr Irfan ada jelaskan soal Internet yang paling terbesar iaitu email.. so dgn ini saja peranan autoresponder mampu generate prospect and sales... aku dah yakin cara yang betul utk jadi kaya.. salah satu tekniknya adalah mempunyai berpuluh ribu list email yang opt in dalam subscription kite.. ini nak kene pk cari list yg bagus dgn method paid advertising..

sekiranya dapat kumpul list 10ribu dlm masa setahun.. maka tahun berikutnya adalah rahmat yang tak terkira dalam bisnes.. target 2011 boleh dicapai dengan jayanya.. nak cari ruang dan peluang strategik adalah melalui integrated marketing yg perlu diperhalusi lagi..

apa yang penting kita gunakan sehabis baik mungkin autoresponder.. itu sj taktiknya..