Al-Falah & Misi ....

Alhamdulillah.. bersyukur di atas segala nikmat rezeki dan rahmat tuhan yang tidak bertepi ini.. Apabila pintu terbuka, seharusnya kita beringat di masa hadapan.. semua ini adalah sementara cuma. Yang muda akan tua, yang sihat akan sakit, yang hidup pastinya mati...

Apakah kita lupa ?

Tujuan kita hidup adalah untuk beribadah padanya.. al-falah itulah cita-cita.. insyaallah aku akan compile ebook istimewa bertajuk al-Falah pada akhir tahun 2008.. ia sebenarnya satu dakwah dan juga satu peringatan untuk semua termasuk diri saya..

Perjuangan ini tetap diteruskan..

Aku sudah mencapai hampir 25% kejayaan bersama Softhands, sudah mengetahui di mana rahsia sebenarnya lubuk-lubuk emas. Kini tiba masanya untuk memancing, penuh azam dan semangat tanpa putus asa. Meningkatkan kadar pencapaian kejayaan 50% sehingga akhir tahun ini.. ia sebenarnya projek puluhan ribu ringgit.. target untuk mencapai RM30,000.00 sehingga Disember 2007 dengan 5 jenis produk yang reliable under Softhands + RahsiaEbiz.

Ianya adalah satu misi... insyaallah perlu usaha dengan kesungguhan jitu.. matlamat ini jelas dan mesti dikejar sebaik mungkin. Yang terbaik itulah kualiti kita, mengetahui apa yang terbaik adalah satu kemestian dalam perjuangan ini... orang lain sukar untuk memahaminya, tetapi bagi yang berjiwa business-minded mengetahuinya..

Di antara banyak model-model business, inilah yang terbaik untuk jangka masa panjang.. :) kebebasan, ketenangan dan kepuasan adalah segala-galanya...

MERDEKA !! MERDEKA !! MERDEKA !!

Huh.. hari ni telinga aku digemakan dengan puisi sajak kemerdekaan oleh Dr. Lee... Termasuk juga ketua-ketua agensi di bawah pimpinan Dato Dr. Abdullah Mad Zain. Setelah setahun berlalu akhirnya aku bertemu mata kembali dengan warga-warga YaPEIM..

Very nice programme.. congrats to all.. mmg YaPEIM kalo buat program mmg tip top.. last minit punya pasal sure menjadi.. semua orang memainkan peranan, semuanya tahu spt mana² jua program sekalipun.. sbb aku penah jadi sebahagian dari mereka dulu... :)

Kini, aku membawa diri mencelup masuk ke bawah agensi lain untuk 'explore' dunia baru.. Mmg aku ni sukakan cabaran.. adventure sket.. kalo di bawa YaPEIM saja aku tak mampu berkembang dengan lebih besar.. Jika nak dibandingkan dengan kerja setahun dulu, pada hari ini aku bersyukur segalanya lebih baik, lebih matang dan lebih berani...

CD PhotoshopDesign Mania mmg hot !! hari ni saja 15 order masuk.. dasatt.. teknik marketing & promotion yang betul dan kesungguhan dalam memasarkan produk² yang berasaskan CD dan ebook menjadikan ia satu yang mengghairahkan.. Inilah satu-satunya produk aku yang paling berjaya setakat ini.. insyaallah lepas ini aku tau mcm mana nak boost up sales dgn mudah :)

Oklah, merdeka... esok dah merdeka... tapi aku still bekerja untuk kepuasan diri... di sebalik stesen kerja.. aku terus mencipta hari sejarah untuk kemudian hari... selamat menyambut hari Kemerdekaan yang ke50 untuk semua... :) peace..

Isnin yang lucky...

Hari ni gi opis tersenyum.. jalan menyelit2 dan sampai pada waktu yang cukup selesa. Makan nasi mix, air limau ais, paper metro pastu sembang2 dengan client then balik umah.. opss.. :)

Hidup ini kena banyak berfikir, adakalanya kerja seharian kena ada sedikit pembaharuan. Jika ia statik dan sama sahaja ia sure membosankan. Sbb itu kita kena dapatkan satu idea yang pelik² untuk meneruskan hidup dengan lebih ceria..

Order CD Photoshop semakin bagus, tunggu ia kuar iklan berita harian.. Bila kuar nanti takut tak menang tangan sey.. ahaks.. produk CD Photoshop adalah paling unik di Malaysia. Dan belum ada orang buat lagi setakat ini. Pasaran ada, cumanya kene kreatif tackle pelanggan.

Tak lama lagi nak kuar 3 lagi CD istimewa iaitu CD Fantastic Wallpapers (RM20), CD Web Element dan CD IllustratorDesign Mania (RM30). Manakala CD PhotoshopDesign Mania akan kekal jadi RM40. Kebanyakan CD semua ini adalah produk sampingan RahsiaEbiz dalam create satu pasaran berasaskan grafik. Lagi banyak produk yang tiada saingan, ia akan menimbulkan satu bentuk monopoli yang bagus.. At least setiap tahun lebih ramai yang belajar grafik daripada belajar web. hehehe..

demam.. tak sihat... aku tetap gagah !!

Duduk kat umah rini, tak larat nak kuar... plan nak gi PWTC ada Gerak Usahawan masuk percuma lak tu... tapi aku batuk tak berenti, kerongkong sakit tul.. selsema dan rasanya dah tak tahan kene aircond..

Plan rini, duduk umah buat CD PhotoshopDesign Mania yang dah byk org beli.. woo... baru 6 hari lancar dan dah hampir 100 lebih tempahan.. dasat woo.. sampai naik pening aku nak handle order byk2.. dah la sorang2 wat keje.. hehe

Only the great man can rule the world.. :) walaupun sakit tetap berkobar-kobar nak buat bisnes.. yang penting duit masyuk kendian enjoy habis2... hoh? jap lagi nak gi shopping la kejap after post CD, alang2 sakit ni berjalan kuar peluh sket.. just nak cari kasut, sandal, baju tshirt baru.. termasuk juga nak ushar hp baru.. tetapi aku termangu sejenak.. nak beli iphone atau nak bedal hp lain ? huh..

Jaket prinze tak siap lagik.. boring tol la, dah sebulan menunggu.. Lain kali aku bayo separuh je, diorang wat keje lambat sgt.. Kenkadang take for granted, lain kali aku takmo wat dgn diorang lagi.. nak cari kat TTDI plak..

semalam tgk dvd die hard 4 dan evan almighty.. huhu.. klakar la evan, citer2 ni sebenarnya mempersendakan tuhan, dan ia sebenarnya mlambangkan krisis agama pada produser hollywood.. gelak2 juga, tapi kene ingat kita org islam ni kurang sgt wat filem yang sebenar ttg agama.. mana pegi seme produser Islam?

Aku tengah² sibuk pun tidak melepaskan peluang untuk tgk drama jepun yang sentimental ni... huu.. mmg syahdu sekali la dia punya citer.. rupanya ni based on the true story.. kisah ni mengenai seorang student sekolah berumur 15 tahun bernama Aya Kito mengidap penyakit Spinocerebellar Degeneration iaitu sejenis penyakit yg menyebabkan otak dia mengecil dan tidak dapat berfungsi dgn sempurna.. tiada rawatan utk penyakit ini, dan family dia cukup merahsiakan penyakit ini daripada pengetahuannya sehinggalah Aya Kito dapat mengesan perubahan pada ketidaktentuan badannya yang kurang stabil, penglihatan yang makin tidak jelas serta jalan terhuyung hayang serta lain simptom penyakit melalui artikel internet..


1 litre of tears.. mmg menyedihkan.. tetapi ia juga menguatkan semangat krn Aya Kito tidak berputus asa, menulis diarinya selagi pen boleh dipegang, selagi boleh menulis.. selagi itu dia tidak akan berhenti menulis diarinya... jalan cerita ini berdasarkan diari Aya Kito.. aku mmg teruja tgk drama² jepun ni.. x sabar menunggu siri berikutnya... ahaks..

Unchained Melody...

Mendownload ebook...
Hari ni saya mendownload banyak ebook mengenai Self Improvement. Hampir 200mb kesemuanya, download guna RapidLeech ke dalam 7 server yang berlainan.. cara ini lebih pantas dari p2p dan torrent. Insyaallah nak share nanti kat web rahsiaebiz.com yang memaparkan banyak tips bisnes.

Siapkan Minisite 2.0
Oleh kerana tergesa-gesa saya siapkan dulu web Minisite ala² Web2.0 untuk program Fifi-Talk berjudul ImagePro. Ia sebagai satu sokongan kepada baby sefitrah yang baru meningkat naik dengan program pertamanya ini. Good luck to all of u.. :)

Project CD PhotoshopDesign Mania
Insyaallah minggu depan dah boleh launch. Cumanya sekarang ni nak siapkan web landing page yang mengancam siap 3 page saja kot. Apa yang pastinya ini adalah CD sumber photoshop satu-satunya di Malaysia buat masa ini, bagi mereka yang inginkan resource photoshop yang murah boleh dapatkannya sebelum 1 September 2007 dengan harga RM20.00 sahaja. Harga asal adalah RM40.00

Web Softhands ?
Aiseh.. aku ketinggalan la nak update web softhands.. asyik busy dgn web lain plak.. ni satu perkara besar sbb idea nak wat jenis design baru masih belum muncul.. Konsep baru maybe ala2 web 2.0.. nampak gaya kene bertapa sket nak cari idea utk web softhands yang baru..

Baru 10% capai impian...

Anda ada impian ? Sejauh mana anda sudah capainya ?

Saya baru 10% saja bergerak melalui Softhands dan Sefitrah , 2 entiti bisnes dan juga sebahagian kehidupan untuk mencapai kejayaan. Saya target 3 tahun untuk capai 50%, manakala 6 tahun untuk 100%... why ?

Ini kerana target untuk mencapai financial freedom melalui bisnes, iaitu 9/10 punca rezeki dari perniagaan. Ini bermakna pada tahun 2010 saya sudah ada company yang cukup bagus dan mencapai separuh matlamat saya, manakala separuh lagi melalui Sefitrah. Cabaran bisnes ini cukup besar, saya perlu mengekalkan aset di samping menambah keuntungan berlipatganda bagi meneruskan kesinambungan sehingga ke tahap yang terbaik.. Jika kita tak kuat semangat sudah tentu akan jatuh tersungkur lebih awal.

Softhands mempunyai masa depan cerah kerana di belakangnya adalah client² yang besar, hebat dan setia. Ia mempunyai potensi untuk berkembang ke pasaran global. Manakala Sefitrah yang baru membangun dan mempunyai team sendiri merupakan subsidiari Softhands yang paling berjaya setakat ini.

Anda boleh baca artikel lebih lanjut bagi mengenali Softhands dan juga Sefitrah dgn lebih baik.

Fuiyo.. great day..

Great day.. hari ni mencapai satu kejayaan besar.. Selepas jumpa member sorang ni dia sudi sponsor beberapa perkara.. Actually ia satu win-win situation, hakikatnya kita sudah jauh ke hadapan utk mengejar financial freedom. Sekiranya momentum kerja berjaya di tingkatkan dan distablekan utk jangka masa panjang sure memberi kelebihan yang amat bagus sekali.

CD PhotoshopDesign Mania masih dalam proses, insyaallah launch hari Ahad ini.. itupun dah ada yang booking awal padahal tak tgk lagi preview dia... Sure org yakin dgn CD keluaran RahsiaEbiz + Softhands..

Weh.. ada org transfer duit dalam M2U tapi x bgtau detail siapa yg hantar.. adui.. camner la nak bg feedback kalo org bayar tapi x bgtau nama atau email... mcm rezeki jatuh dari langit plak... hehe :)

Creative : Problem solving & Decision Making

Hari ni mcm biasa sibuk dengan planning 2008.. kenkadang letih juga memikirkan ttg masa depan.. apa yang pastinya kita kene kreatif utk berjaya.. sstgh manusia tidak sedar potensi yang ada pada minda dan hati. Apabila kedua elemen ini bergabung ia melahirkan sesuatu yang hebat.. Manusia mampu ke angkasa dgn bermula dari imaginasi.. dengan keupayaan akal dan fikiran serta usaha sepenuh hati sudah tentu merealisasikan manusia menjejak kaki di bulan.. Adakah orang yg duduk lepak boleh capai ke bulan ? Ironinya semua orang mahu berjaya tetapi malas berusaha..

Dalam menyelesaikan masalah atau membuat keputusan perlu daya pemikiran yang jelas. Ketajaman akal itu boleh diasah dengan ilmu dan pengalaman. Manusia menjadi lebih berguna apabila ia lebih banyak berfikir.. Jika ia kurang berfikir maka sudah tentunya otaknya lembab atau mandum.. terlebih sensitiviti emosi berbanding rasionaliti.

Kreatif ini terdiri daripada variasi berbeza, perspektif berlainan dan dimensi yang pelbagai. Ada orang lihat masalah itu dari pelbagai sudut, so kita kene bijak membaca, mentafsir dan membuat keputusan. Perlulah ia dalam keadaan disiplin yang teratur, buat keputusan berdasarkan fakta, maklumat yang tepat dan pilihan yang berkesan. Usah buat keputusan berdasarkan was-was atau rasa. Kalo was-was atau gugup dalam akad nikah sure pak imam suh ulangi semula.. hehe

So hari ni saya belajar ttg membuat keputusan dgn bijak berdasarkan statistik yang menyeluruh. Semua mende ada statistik, dari celik pejam mata sudah ada math.. bangun kol bape, siap berapa lama, berapa kali buat mende yang sama dan berapa kali buat mende yg berbeza.. Kenkadang kita remeh memikirkannya, sedangkan orang yang berjaya teramat teliti dan fokus dengan matlamat dalam hidup. Tak hairanlah mereka berfikir dgn kreatif utk mentafsir hidup pada jalan yang berbeza...