Menemani embun di pagi hari..

Malam ni aku takleh tidur.. still cerah biji mata mengadap laptop dan workstation yang terbuka 24 hours.. Siapkan design dari set1 hingga set 3 dengan 6 jenis sampel berbeza.. Ini bermakna 6x3=18 design dalam satu malam.. fuh..

Aku berdepan dengan warna-warna purple dan pink.. tiada idea yang banyak kecuali kerawang dan vector bermain di jemari... Esok ada jamuan, dan ini membuatkan tahap kebuncitan semakin kronik.. aiya.. semua orang dah noticed ttg betapa sihatnya aku.. hehe :)

neway, pagi sudah makin menjelma.. baru kol 4am.. aku kene siapkan banyak kerja then siap2 nak present pada client.. sorilah kalo design colour dia hampir sama sbb mahu stick dgn tema purple.. ahaks..

Code7 dan 7 prinsip kod tersendiri...

Aku belajar untuk menangani masalah diri dengan penuh ketabahan, kecekalan dan kegigihan semangat untuk terus bangun dari badai ujian yang menghempas dan bertubi-tubi...

Im still alive !

Semua ini akan mendewasakan kita.. Aku memahami hasratnya, ku tahu ada sesuatu yang menghalangnya.. So dalam diam, aku merancang untuk contigency plan.. Jika ada apa-apa berlaku sudah tiba masanya kita lakukan apa yg spttnya dilakukan.

Kita sudah dewasa, matang dalam berfikiran.. Untuk membina sebuah empayar bukan dengan disuap mcm baby lagi, adakalanya kita harus bangun dan bangkit dari lena.. Empayar yang diimpikan itu perlukan sebuah pengorbanan.. Pengorbanan yang tidak ternilai harganya..

Adakah aku sanggup mencurahkan seluruh jiwa raga untuk pengorbanan terhebat ini ?

Bagi aku, tidak lagi khuatir ttg masa depan, kita pernah tersungkur dulu kerana kesilapan lalu. belajar darinya itu memudahkan kita menangani secara bijaksana.. brave as a men, strong as steel.. inilah masanya untuk fikirkan cara terbaik dalam hidup..

Kan dulu code7 mempunyai 7 prinsip kodnya tersendiri.. itulah yang akan dibawa sampai akhirnya.. :)

Hari ni breakfast/lunch di ss14 pj, tempat student UM panggil mapley.. aku rasa tempat ni paling strategik kalo nak makan best.. but wife lebih suka moksu ss17.. ahaks... memana pun bole asalkan kenyang.. aku jarang makan kat umah sbb terlalu sibuk sana sini.. igt nak gi shah alam bincang dgn ustaz malik x-guru samttaj 2004 skrg ni lawyer syariah.. nak kembangkan network dan bina another pipeline for our future..

arini sedang merangka kembali planning project dan berfikir rasional bagaimana mahu menyelesaikan beberapa isu penting mengenai kehidupan.. Bagi aku yang masih muda dan kuat ini kene berfikir lebih panjang dan banyak berbanding orang lain.. Bukan utk diri sendiri malah juga utk orang lain..

Nak tak nak aku mesti sambung wat master.. master in business administration.. MBA.. ia akan menguatkan pengetahuan mengenai management + business.. 2 aspek dalam praktikal bisnes yang maha penting.. cumanya financial management kene belajar dengan sifoo2 handal terutamanya chinese...

Aku dah lama tak jumpa mr tommy director ict zone sdn bhd.. igt nak diskus dan cari idea lagi yang terbaik.. orang mcm dia tu satu dalam sejuta... aku berminat cara dia planning & implementing.. very² smart person..

Selain tu beberapa orang Hijjaz dan artis nasyid yang perlu jumpa untuk mengeratkan kembali persahabatan yang dah lama tak jumpa.. kenkadang dunia ini semakin cemburu.. aku juga sibuk dengan planning sendiri, mereka juga ada yang buat hal lain.. Tidak spt zaman kegemilangan mahasiswa dulu.. langbiru adalah bebas setinggi awan biru.. masa tu tiada siapa jangka budak ini akan jadi lebih jauh dari apa yang difikirkan.. yelah.. sebelum graduate sudah kerja, orang lain pula bertungkus lumus cari kerja.. orang tgh berkarier sibuk kawin sampai tak jadi nak gi jakarta.. rasanya semua terlalu pantas..

Dalam masa 3 tahun lagi atau tepatnya tahun 2010 aku sudah stable baik punya... all of my pipelines will functioning very well... tak sabar bina sebuah empayar sendiri.. sbb aku dilahirkan bukan untuk kerja simple, sebaliknya mahu challenge lebih dr itu.. bercita-cita nak ke UK dan Jordan kembangkan cawangan di sana.. wife boleh jaga jordan, maybe aku jaga market UK.. whoho.. supaya pengetahuan b.arab tak pupus, sbb tu kene plan utk pi memana bahagian timur tengah.. tapi lecturer en kamaruzzaman dah pi azhar mesir utk PHD dia.. igt nak wat di sana jugaklah.. di UK plak ada sedara sana, malah member webmaster berlambak kat manchester.. alang2 nak gi sana tgk MU lawan live di old trafford stadium..

Semalam tgk 2 citer... spiderman 3 dan blade trinity.. download guna rapidleech kat 10 server, dalam masa 2 jam settle download 800mb movie... aku keboringan seh.. ahaha.. sibuk2 pun boring... mana taknyer, rutin yang sama membuatkan aku bosan.. :) .. kalo ada cabaran baru buat MBA kan bagus.. tingin gak masuk class dan buat assignment.. presentation dan berdebat dalam byk hal... ala2 student dedulu... sure best kan..

satu lagi.. igt nak ambil subjek psikologi... berminat nak baca minda orang.. penah tgk citer The Mentalist... mmg gile aa.. expert tu tau apa subject tu fikirkan.. dari personal, rasa sedih dan gembira serta apa orang lain fikirkan ttg dia di tempat lain... mungkin science + psikologi = telepati..

skrg ni saya tau apa yang anda fikirkan... sudah tiba masanya stop baca.. sbb entry kali ni panjang sgt... hehehe..

Agaknya aku jarang mengetengahkan soal politik dalam memana blog... tetapi oleh kerana politik itu mempunyai peranan dalam Islam maka rasanya ingin sentuh juga sebagai salah satu bentuk amar makruf nahi munkar yang dianjurkan dienul Islam..

Pernah terbaca salah satu coretan klasik... ever since the early days of democracy in ancient Greece after the "every man has a vote on every issue" period changed to the first kind of representative democracy and some senators could be bribed to vote as they payers wished.

So dalam memahami suasana politik 'demokrasi' Malaysia yang kian jatuh rankingnya berbanding indonesia, dan makin teruk rasuahnya berbanding negara sekecil Singapura... Apakah yang kita boleh banggakan ttg masa depan Malaysia walaupun sudah mencipta sejarah orang Malaysia pertama di angkasa ?

Kuasa judiciary & legislative yang sepatutnya bebas dari cengkaman pengaruh kuasa eksekutif kini mula dipersoalkan dgn terbitnya video VK Lingam... orang kata video tu palsu.. but cuba analisa semula timeframe video tersebut yang mana dalam setiap seconds tidak ada kelihatan sebarang penambahan tindanan imej atau kecacatan. Orang yang belajar video editing pun tahu clip video tersebut adalah 'pure' dan aku kenkadang berasa lucu tindakan beberapa agensi gov tidak begitu professional dalam hal ini... Kalo FBI boleh dipanggil utk kes nurin, tetapi soal sebesar gajah melibatkan ketua hakim boleh dilengah-lengahkan mcm kes kecil...

Rasanya kita ni pun dah meluat baca berita media perdana, asyik digula-gulakan mcm budak kecik... we are not stupid like a child anymore.. skrg ni zaman angkasawan... jgn memain dengan thumbdrive... :) Jika generasi tua hari ini masih lagi suka main dadu, biarlah generasi muda pula yang bersemangat ini mencipta masa depan.. Rugilah orang politik yang mempermainkan rakyat yang rata-ratanya semakin bijaksana... semakin banyak yg belajar sejarah.. Dato Onn Jaafar , presiden UMNO pertama juga keluar dari UMNO dan menubuhkan parti Negara yang multi-ethnic.. ini lebih mirip dengan parti Keadilan.. cumanya skrg ni suasana politik negara terlalu teruk.. rasuah dan kroni akan melenyapkan integriti kerajaan demokrasi... adakah wajar pertahankan sesuatu yang sudah bocor dan bakal karam ? Fikir-fikirkanlah... takkan nak biarkan anak cucu cicit kita digula-gulakan lagi ?

Pasal kahwin dan dilemma orang muda...

Aku didatangi oleh seorang kenalan muda yang ingin berkahwin dalam masa terdekat. Ia baru saja menamatkan pengajian di salah sebuah ipt dan kini sudah mula bekerja di salah sebuah syarikat dengan permulaan rm1k lebih sebulan. Rasa mcm kisah aku dedulu.. ahaks.. cuma aku yg very lucky sbb my family support dari awal setiap ceruk aspek.. love them very much.. Apa yang penting bukan soal duit, tapi soal restu.. Jika kita direstui apa jua aspek maka kedua-dua belah family akan bekerjasama merealisasikannya. Jelas ?

Sbb itu restu memainkan peranan utama selain soal lain.. Persiapan dan persediaan akan bermula dari masa ke semasa, dan itu family akan uruskan.. Adakah kita lepas tangan ? tak... bukan begitu maksudnya.. ini bermakna segala keputusan kita bermusyawarah utk cari penyelesaian dan kata sepakat. Soal kahwin ni mcm menyambung 2 family.. Cara bagaimana sambungan itu dilakukan adalah dengan persefahaman.. Ada mutual adjustment..

Yelah.. nak kahwin bukan sehari dua.. hidup dengan orang lain ni sampai akhir hayat.. nak kenal 2 belah family yang komplikated, cara makan, budaya kerja, persepsi dan pandangan apatah lagi fahaman politik kenegaraan.

Masa aku memula kahwin dulu mmg rasa pelik.. Yelah dari soal makan masam manis sehinggalah kerja dalam bilik... whoa.. yang tu tak yah citer.. kang tak pasal blog ni jadi famous.. :)

Kenkadang dilemma bebudak muda ni, sian juga diorang nak kahwin tapi takde duit.. ada yang buat personal loan.. apakah hukumnya kahwin dengan hutang ? Ada pendapat boleh.. asalkan ia dipersetujui oleh calon isteri.

Tapi mahar atau mas kahwin sekarang ni tak mahal. Dalam lingkungan RM80 ke atas. yang mahalnya adalah hantaran yang pelbagai jenis.. tu yang sampai RM44,444.44 contoh hantaran artis/selebriti/hartawan kahwin.. last-last bercerai.. tu yang bikin jelik..

Tapi secara rasional, mmg kos kahwin skrg ni paling kurang pun RM10ribu.. dengan majlis makan, hantaran semualah.. kira boleh buatlah.. Ni bagi orang biasa mcm si sahabat kita di awal citer ni.. Tu pun nak lebih sikit sampai RM15k, nak backup majlis kenduri, kad raya, persiapan semua... Aku rasa kahwin ni tak perlu lah mengarut sangat besar².. Cukup panggil sanak saudara family terdekat dan buat majlis makan sederhana.. Yang penting takdak hutang dan tak perlu susah nak bayar hutang..

Hish.. pening jugak pk soal kahwin ni eks.. Aku dulu kahwin mmg tak perlu buat loan ke apa.. Mak bagi kahwin dia yang setelkan.. just simple as that.. So now pikir karier dan masa depan.. CUma pengalaman mendewasakan kita.. adakah kita ready nak jadi leader yang memimpin keluarga ? Persediaan dari segi spiritual, mental dan fizikal juga penting.. Bukan semata-mata financial saja...

Unchained melody...

Tahun ni raya agak pelik.. perut pun makin mengembang semula.. huh.. dah cuba kurang makan malam but wife selalu ajak makan luar tu yang xleh control.. diet aku mcm agak terumbang ambing sebab gaya hidup yang main tangkap muat.. ada makanan sambar, tak kira masa nak ngunyah.. ni satu habit yang perlu dihentikan.. Maybe after this nak makan pun sebelum pukul 6. Then makan ringan² mcm kekacang tak pun buah.. mmg nak train diri jadi seorang yang bijak menjaga diet bukannya main tangkap muat.. Sbb makanan skrg sudah tidak original.. terlalu banyak chemical, perasa, perisa sana sini..

Satu lagi berita gembira, CD PhotoshopDesign Mania terus mendapat sambutan dari masa ke semasa walaupun tanpa marketing yang besar. Apa yang penting saban tahun semakin ramai yang belajar buat design dengan Photoshop. Dan ini satu market yang besar perlu diberikan perhatian. Sbb itu tidak hairanlah CD PhotoshopDesign Mania membuat sales yang banyak untuk memenuhi pasaran.

Ebookjutawan.com akan terbit pada 29.11.2007 .. dan ini sudah difikirkan memandangkan kita terlalu pack dgn byk kerja.. Mmg tahap cipanlah.. neway ia bukan sekadar penangguhan sementara kerana ada banyak bab yang akan di'touch up' lagi.. :)

My own plan or their plan ? Which one?

Im in dilemma again.. there is 2 ways that i have to choose.. whether in 'mega-creative' way or in 'super-advantage' mode for the next revolution. Im supposed to be a 'super-talented boy' if i catched all of them.. hehehe.. just kidding.. :)

Semasa terima skrol bachelor of shariah UM, niat aku nak further study dalam bidang Business Admin.. dengan kata lain MBA.. istilah femes member termasuk 'PTD' under Dato Najib yang mmg talented tuh.. Huh.. tinggal aku sorang je yang tak continue master.. siot.. aku menempuh jalan yang pelik².. orang igt aku jadi student setia di kalangan 'academician'.. tapi semua lecturer AIUM yg aku kenal dah gi Azhar continue PHD. (Tinggal sorang Prof. Dr Ab Mumin Ab. Ghani) Tunggu seme balik baru aku wat master kot.. ahaks...

Kenkadang hidup ini mmg pelik.. tapi bila fikir balik.. ada hikmahnya aku di sini.. kalo ikutkan dah lama ikut cakap mama continue master dan jadi anak manja.. :) bukan tak boleh continue tapi sengaja gatai sibuk sana sini, buat itu ini.. kononnya mahu buktikan kita ni sagittarian.. Kes ni sama saja masa jadi webmaster zaman muda-muda dulu.. nama LangBiru ni sejak zaman 2002 bersama Hijjaz, agaknya perangai ni masih belum berubah.. still gila-gila.. adakalanya orang yang unik itu sebenarnya 'gila'... gila kerja, gila cita-cita dan gila impian.. adakah ini satu bentuk gila yang positif ?

Semasa Thomas Alva Edison cipta lampu dekat 999 kali percubaan menyalakan mentol gagal.. orang kata dia ni gila.. buat sesuatu yang mustahil dan tak pernah orang buat... but.. kali yang ke 1000 percubaannya menyalakan mentol berjaya.. sekaligus merubah tamadun manusia hari ini dengan terciptanya lampu... Thomas A. Edison tak kata dirinya gila, tapi dia optimis menyatakan.. aku tahu 999 cara yang salah menyalakan mentol.. dan 1 cara yang betul menyalakannya.. emmm.. very optimism person..

Adakah anda se'optimism' dengan manusia yang memberi sumbangan pada tamadun manusia ini ?

Ini belum cerita bab sirah nabi.. seharusnya menginsafi diri.. So sama-samalah, kita berusaha untuk berjaya.. Dunia ini sementara saja, kejayaan sebenar adalah 'di sana'.. Mungkin dilemma aku tu boleh selesai bilamana kita tahu hakikat sebenar kehidupan.. Neway pilihan terbaik itu adalah untuk diri dan juga semua... :0

Aku kembali memberi nafas baru pada karya sajak dan puisi selama ini terpendam dalam blog lama. Harap ia takkan terpadam selamanya.. Bakat sajak dan puisi mula terserlah sejak zaman SMAKL lagi, menjadi juara penyajak juga adalah satu detik kenangan manis dan menjadi antara student terbaik SPM juga satu kenangan terindah.. Kini Langbiru sudah graduate dan bekerjaya.. meninggalkan dunia ke'childish'an dengan penuh kedewasaan.. di sini membawa harapan dan impian.. Moga Allah memberkati dan merahmati dengan kebaikan yg berpanjangan..

Monolog...

Dan tika senja
melabuhkan tirainya
bersama duka
yang menyelimuti,
awan masih berarak mendung
dan bicaraku terasa kelu
kerana luka masih terasa,
cuba melangkah kembali
mencari erti kehidupan
yang mentafsir
dugaan dan ujianNya......

ku renung dalam diam,
sepi itu teman setia,
aku berbicara padaNya
keseorangan mengadu
akan keperitan yang diselubungi,
pasrah dan doa mengharapkan sinar,
mengharapkan ia menyinari kembali
taman kehidupan ini,

Di sini ku berdiri,
atas pentas ini,
menyaksikan kembalinya cahaya,
betapa aku merindui
pada ketenangan yang terpancar,
tersimbah pada arca keimanan,
menggamit rasa rindu Ilahi,
cinta agung itu seharum setanggi syurga,
menyegarkan kembali hati yang gersang,
menyembuhkan luka lalu
memekarkan semula bunga keinsafan
bersama dedaun rindu,
kerana tautan rasa
pada yang Hakiki itu indah,
naungan sejati kedamaian,
keamanan dan ketenangan abadi.......


~ LangBiru : Keinsafan... suatu perjalanan abadi.. (Karya 2004)

Untukmu Palestina

Dalam baitku nukilkan rasa
Untukmu bumi Palestina
Bumi suci yang dicemari
Terbungkam jasad tak berdosa
Dendam serakah rejim zionis
Darah terus membasahi lantaimu

Ku dengari tangisanmu Palestina
Degup nadimu berdetak resah
Diselubungi penderitaan
Sengsara tak berpenghujung
Anak-anak kecilmu dalam ketakutan
Mati dalam dakapan
Ditimbus dalam bumimu
Kesakitan yang dituangkan zionis durjana
Menumpahkan darah tak berdosa

Untukmu Palestina..
Ku taburkan doa seharum kasturi
Ku kirimkan pejuang sejiwamu
Akan ranapkan serakah mereka
Moga terbela nyawa dan jiwa
Generasimu terus berjuang
Lontaranmu hanya mukaddimah
Usah gusar ia dalam janjiNya
Kernamu Palestina
Bumi pembalasan zionis durjana
Perjuanganmu takkan diakhiri noktah
Kerna perit ngilu mu itu
Akan terus terbayar akhirnya
Semangat intifadha terus menyala
Membara dalam tiap jiwa
Cetusan rasa abadi
Yang terus setia bersamamu
Dan Allah bersama kita
Setiap detik waktu yang berlalu
Selamanya untukmu Palestina...


~ LangBiru (Karya 2004)

Masih mengejar masa bersama eksperimen.

Hari ni baru siap 2 bab bagi produk ebook terbaru aku ni. Rasanya tak sempat siap pada 29 October 2007. Kene reschedule perlancaran baru semasa bulan November. Mungkin aku boleh mula design website dan bubuh autoresponder. Nak beri report percuma dan update terbaru bila akan dilancarkan.

Teknik ni nampaknya masih terlalu baru bagi aku... Ia ibarat eksperimen.. terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari. Namun aku dah percepatkan pembelajaran dari masa 6 bulan ke dalam masa 2 bulan sahaja. Advantage dalam tahun ni untuk mencipta satu platform bisnes yang benar-benar stable.

Tahun ni mmg benar2 pusing 360 darjah.. dari webmaster kepada infopreneur. Guess what.. Aku belajar dengn jutawan siber dunia dalam merebut taktik mereka sebelum Malaysia tepu dengan digital info product.

Perkemaskan jentera marketing dan dalam masa yang sama kita akan dapat lebihan surplus yang membolehkan invest utk membeli aset hartanah baru di kawasan emas Lembah Klang. Sememangnya jutawan Azizi Ali mendedahkan rahsia jutawannya dengan memiliki hartanah strategik. Ini kalo kita mampu praktikkannya jika mempunyai jaminan dan kemudahan gov. loan. Dalam masa bekerja dengan majikan yang diyakini pihak perbankan dan kelebihannya dapat loan untuk beli aset hartanah yang berdaya saing. Kita tengah berusaha untuk memahaminya dalam masa 10 bulan dan akan praktikkannya setelah VRE selesai bersama rahsiaebiz.com

Ini target aku, hidup terlalu singkat untuk dibazirkan begitu saja.. Adalah lebih baik setiap hari dipenuhkan dengan perancangan jitu masa depan. Barulah jadi ummat yang berguna dan bermanfaat kepada orang lain.

Eksperimen ini akan diteruskan, walaupun terpaksa mengambil masa yang panjang. Apabila kita menguasai segalanya memberi competitive advantages yang tiada bandingan...

Sibuk tu rezeki...

Dulu aku pernah mengeluh sibuk tu memenatkan... Tapi hakikatnya ia adalah satu ujian yang mana selepasnya adalah nikmat.. kita mestilah berusaha lebih sikit untuk mencapai kejayaan. Perubahan dilakukan dan semua orang harus menerimanya sebagai satu ujian. Zaman berubah, manusia berubah dan usia pun berubah.. Masa muda-muda ni tidak boleh dimanjakan, selagi sihat, selagi kuat dan masih ada waktu hendaklah berusaha demi masa depan...

Usah pandang belakang lagi, kita mesti mara dan melangkah lebih jauh kehadapan..

Im back..

alhamdulillah.. lega rasanya dapat kembali ke PJ setelah 5 hari di Klate.. 10 jam drive dgn myvi aku tu rasa mcm nak tertanggal pinggang.. mmg jem la klate ni.. kalo bukan musim cuti/raya mmg lengang.. itulah mmg hakikatnya org klate ni suka berhijrah.. sbb tu ramai yang duduk KL buat bisnes.

So hari ni aku siapkan bab pertama untuk projek ebook terbaru ni. Lega rasanya sempat beli domain name RM25 sebelum naik jadi RM50 selepas raya kedua. Dunia internet skrg cpt berubah, sbb tu kene kejar cepat sebelum terlambat.

Neway, malam ni teruskan usaha untuk menyiapkan memana patut. Tak tido pun takpa sbb esok still cuti sakan.. :)

Weekend sudah tiba..

Aku mmg rindukan weekend.. masa untuk bekerja dengan workstation kesayangan lebih banyak.. ada idea mencurah hujung minggu.. tak sabar nak launch ebookjutawan.com yang dah active minggu lepas.. ia merupakan produk rahsiaebiz.com yang mana bakal menerbitkan byk produk di internet dari masa ke semasa.

Sejak tukar server baru, rahsiaebiz semakin stable dan bergaya.. mmg inilah pelaburan paling hebat yang pernah aku buat.. dalam masa 10 bulan rahsiaEbiz beroperasi sudah mampu menjana pendapatan hampir ribuan ringgit. thats great.. aku ingat dalam masa setahun baru nak dapat hasil.. rupanya start gear saja sudah pecut ke depan.. ahaks..

Sekarang ni target aku 29.10.2007 dah launch ebook jutawan tu.. Dah selesai proses reanimation isi kandungan dan rangkanya.. Skrg ni nak mulakan bab pertama dgn sempurna.. menulis ebook mcm buat assignment.. tetapi aku nak selitkan gaya slumber dan bersahaja ala² Robert G. Allen..

Dijangka siap dalam masa seminggu untuk penulisan bersamaan 7 hari. Wow.. Adakah aku mampu menulis secepat itu ? Insyaallah sebab resources melambak aku dah dapat. Cuma nak susun atur bagi molek aja...

Cuma kene ke kelantan untuk settlekan akaun lama CIMB yang tak aktif itu untuk method pembayaran yang pelbagai. Skrg ni ada 4 jenis bank yang dah sign up, maybe tak lama lagi nak bukak akaun bank lain bagi cukup 5 jenis bank utama di Malaysia. lagi banyak lagi bagus sbb ia memudahkan customer membuat pembayaran.

Ada beberapa strategi yang perlu dihuraikan secara lebih detail.. itu semua terkandung dalam konsep kaizen yg antara mana menyentuh 6 sigma.. lagi banyak aku citer lagi banyak la terdedah rahsia ebook jutawan tu.. better diamkan saja.. ahaks..

oklah.. hari ni myvi aku dah cun.. kene mandi tadi.. cuma tak puas hati sbb ada kesan calar sket kat bumper.. huh.. sapela jeles ngan myvi aku nih..

yg penting seme dah get ready nak balik klate... hari khamis pagi aku dah mula bertolak.. harap tak jem la kat karak highway tuh..

Jom hantar eCard Ramadhan & Raya !

eCard raya

Sekian lama tertangguh, akhirnya saya dah dapat sediakan ruangan free eCard untuk semua orang sampaikan ucapan dengan grafik menarik yang ada di bahagian eCard RahsiaEbiz .. Ia disediakan percuma dan akan ditambah dari masa ke semasa. Jika anda ingin menyumbang eCard boleh hantarkan grafik anda ke admin {at} rahsiaebiz.com dan kami akan meletakkan nama anda di dalam ruangan ecard sebagai free promotion.

Masa akan menentukannya...

Dulu aku pernah bersedih kerana hidup.. Apakah hidup ini hanya untuk bersedih ? Persoalan itu terlontar kembali.. Namun dari saat ke saat, hari demi hari, tahun demi tahun... aku masih fgagah berdiri di sini... Syukur pada tuhan kerana masih menyayangiku..

Aku pernah berdepan dengan maut pada 6 tahun dulu.. tragedi kemalangan yang menggemparkan warga UM pada waktu itu masih segar diingatan.. Apakah hari ini ia merupakan suatu bonus hidup ?

Aku diuji dengan nama, harta, wanita dan kuasa.. Tidaklah sebesar mana tetapi ia cukup mendewasakan pemikiran kita.. Bukankah kehidupan dunia itu tipu daya semata-mata ?

Sekarang...

Aku masih berjuang untuk impian.. tiada siapa yang dapat menghalangnya.. kecuali tuhan.. dan dengan itu juga aku memohon padaNya untuk memberi peluang pada insan kerdil ini mengapai impiannya sebelum kembali pada sisiNya.. tiada apa satu pun yang paling penting melainkan al-Falah.. mahu menyumbang sesuatu buat diri, keluarga dan ummah.

Al-Falah.. apakah yang org lain fahami ?

Kini kita berjuang di atas pentas sementara untuk kejayaan yang hakiki.. Bukankah dunia ini jambatan akhirat ?

So mahu tidak mahu kita perlu bertekad untuk cipta kejayaan di dunia dan juga akhirat.. Kerana al-Falah itu cukup penting dalam hidup insan, bukanlah lama sangat hidup kat dunia ni, tetapi gunakanlah masa yang ada untuk buat yang terbaik..

Ada yang datang ada yang pergi, ada yang tumbuh ada yang berganti.. namun sebelum terlewat, selagi masih ada nafas dan masa kita perlu membuat pilihan untuk hidup kerana Dia.. Buatlah yang terbaik dalam apa jua.. Moga Allah merahmati kita semua...

Alhamdulillah..

Lega rasanya proses restore database RahsiaEbiz.Com telah berjaya dilakukan semalam. Kesemuanya 100% berjaya dipulihkan di tempat web hosting yang baru lebih stable dan laju.. Aku tak boleh tahan lagi dengan masalah downtime yang menjadi-jadi.. Sbb itu pilihan terakhir adalah terpaksa mencari hosting baru bagi beroperasi dengan lebih professional.

Kenkadang malu juga kalo web down.. orang kata apala webmaster buat kerja tak pro.. web sendiri pun takleh handle... Sepanjang 6 tahun, banyak pengalaman ditimba.. Ia makin lama mematangkan kita.. dalam apa jua aspek sekalipun kita akan bekerja dengan lebih baik dan hebat.

Kini phase 2 RahsiaEbiz.Com sudah bermula 1 Oct 2007 dan sejak server migration berjaya ini menambah semangat aku untuk lancarkan banyak projek serentak.. Apatah lagi tahun ni merupakan tahun yang paling strategik utk bina produk dan service sendiri yang unik. Aku rasa bertuah kerana dikelilingi oleh mentor² yg cool.. Dari merekalah kita belajar dan mempraktikkan apa yang diajarkan.

Bebaru ni hari Ahad 30.9.2007 ada majlis berbuka puasa bersama artis Hijjaz, mestica, unic, suhaimi+ina , syifa dan semua warga KSH.. aku terlupa nak update pasal ni di web.. Neway majlis bermula kol 3pm sampai 11pm kat hotel putra.. Aku dtg dengan wife dan anak buah sefitrah management.

Byk jugalah isu2 nakal tersentuh di samping mengenali org2 baru dan mengeratkan org2 lama.. yang paling ter'surprise' bila mestica sebut nama aku dan wife masa berucap kt pentas.. whoa.. recognition yang teristimewa.. ahaks.. neway thanks semua.. kita mcm ibarat family..

Aku ada diskus beberapa project ebiz bersama designer hijjaz yang buat semua cover album nasyid dan printing material untuk berkolaborasi dengan www.rahsiaebiz.com .. Insyaallah kita akan elaborate lagi idea ebiz yang 'fit' antara satu sama lain apabila dah launch product baru aku yg bakal muncul 29th oct 2007.

Okeh.. takat ni dulu buat masa ni.. nanti ada apa2 aku update lagi.. masa semakin menghambat kita semua.. rancanglah hidup dengan baik.. moga beroleh al-Falah.. :)

Mencari sinar al-Falah

Dunia semakin sukar bersama ujian mehnah yang tiada hentinya.. Dan aku kini di persimpangan dilemma mengejar impian.. Apakah aku mampu bangun kembali ?

Satu demi satu persoalan menyerbu.. Aku dihujani kabut persoalan yang tiada jawapan... Oh.. tuhan.. damaikanlah resahku..

Dunia ini terlalu kejam untuk hati-hati yang tulus suci.. Apakah kau mengerti ?

Walaupun ia tidak mengerti akan harapan ini, aku cuba memberinya jalan.. sebuah hakikat kebenaran cinta itu bukanlah di mata tetapi ia mendalami di dasar hati.. tafsirlah setulusnya.. engkau akan melihatnya jua...

Betapa keagungan tuhan itu terindah...
tiada ungkapan kata yang dapat menterjemahkannya..
Aku kembali mencari sinar al-Falah sebagai bekalan..
Biarlah abadi.. jauh dari semua mehnah tribulasi ini...

al-falah... kejayaan hakiki adalah di syurgaNya....