Aku & kehidupan... part 1

Okeh hari ni aku bersedia nak menulis panjang... so bagitau awal2... kalo boring minta maaf lah eks.. tajuknya Aku & kehidupan.. mmg agak abstract sikit dan panjang so kita wat ikut part one by one..


Semalam..
Aku antara orang yang paling buhsan di dunia mungkin.. setelah bertapa di ILIM seminggu mempelajari Total Quality Management (TQM) ia telah membuka dimensi baru ttg cara aku pandang dalam beberapa aspek. Antaranya ialah bisnes.. bisnes amat penting, kerana aku percaya masa depan aku di sini.. Dan aku suka 'explore' dunia baru berbanding terjelepuk dalam tempurung lama.. So kesannya aku sekarang sudah tidak gemar buat website utk perseorangan dan lebih melihat kepada website company besar bernilai RM5000 ke atas. Barulah berbaloi.. Namun aku tetap explore peluang² yang ada dalam bisnes web ini selagi ada permintaan.


Dunia ini...
Aku pasti dunia ini perlukan sesuatu yang berlainan.. Untuk menyelami hakikat kehidupan aku mesti merasai segalanya yang mungkin.. Kesimpulannya nanti aku sudah kenal bagaimana nak buat keputusan.. Apa jua aspek hidup, bisnes, family, kawan, politik dan semuanya bergantung kepada sejauh mana kita mendapat mardhotillah.. Mungkin niat orang baik dan mungkin niat kita baik seharusnya nampak memberi kebaikan kepada orang lain.

Apabila kita menjadi insan yang bermanfaat kepada yang lain, sudah tentu dunia ini lebih bahagia. Apabila dunia bahagia dan senang mendapat redha tuhan maka kita tidak akan rasa kekosongan lagi...

Aku pelan-pelan memahami hidup ini sebagai suatu ujian.. suatu pentas.. kita antara pelakon pentas hidup ini.. dan bila habis pentas kita akan dinilai oleh tuhan nanti.. So mulai sekarang berbuat baiklah pada manusia dan Allah akan berbuat baik kepada kita... Terutamanya family, saudara keluarga, kawan rapat dan seterusnya sesapa yang kita kenali..

Seperti dalam revolusi aku 4 tahun dulu telah menetapkan sebenarnya matlamat hidup ini adalah kerana al-Falah... iaitu kejayaan dunia dan akhirat... itulah yang akan dicapai.. itulah yang jadi impian sebenar-benarnya impian...


Financial Freedom
Ini antara strategi aku untuk mencapai kejayaan di dunia... seterusnya menyumbang utk akhirat dgn lebih mudah.. Orang Islam yang kaya dan beriman lebih baik daripada orang miskin yang beriman... Kelebihannya adalah byk segi.. dari ilmu dan amalan..

Untuk mencapai financial freedom yang sebenarnya adalah dengan passive income ! Ini betul.. Aku percaya passive income dengan internet adalah jauh lebih berjaya daripada memana bisnes yang ada.. Bukan dengan active income atau gaji bulanan, sebaliknya passive income yang akan datang bebila masa jika kena caranya..

Di awal career aku berumur 26 tahun ini masih terlalu muda.. So apa yang penting gunakan segala saluran untuk kebaikan masa depan. Menambah pengalaman, menambah network kenalan, meningkatkan pengetahuan dalam pelbagai segi, menyelami setiap masalah dan menyelesaikannya dengan terbaik..

Aku pasti financial freedom mampu dicapai jika passive income berjaya dipraktikkan. Biar segala bil dibayar oleh passive income dan anda sebenarnya bebas... Bebas untuk bekerja dan hidup dengan apa yang disukai...


Kerana al-Falah
Apa jua yang aku lakukan adalah utk al-Falah kejayaan dunia dan akhirat... Menyumbang sebanyak mungkin utk insan lain yang memerlukan.. Aku takkan kedekut atau bakhil harta maupun ilmu... Aku sudi utk memberi asalkan ia bermanfaat kepada insan tersebut.. Kenkadang nak beri sesuatu kene tgk orang tu juga.. Adakah ia sesuai ? atau sekadar pemberian membazir... contohnya mengajar sst ilmu kepada mereka yang tidak mahu mempraktikkanya... ia dianggap ilmu itu sia-sia krn tiada amalan... Bila aku memperturunkan sst ilmu yang bermanfaat maka gunakanlah untuk kebaikan hidup.. jangan simpan dan tidak lakukan apa-apa.. sebaliknya praktikkannya utk membuahkan hasil yang baik..

Tujuan aku murni... harap ia diberkati.. suatu hari nanti harap dapat kemenangan abadi di sana kelak... Dunia ini sementara saja, selagi masih bernafas marilah kita bekerja utk tuhan dengan sebaik-baiknya.. Moga Allah membalasnya dengan sebaik-baik balasan..

al-Falah bagi aku adalah segala-galanya... jelas dan terang.... nyata dan bersuluh bahawa apa jua kehidupan ini merupakan satu ibadat kepadaNya.. Jika kita lakukan yang terbaik, insyaallah akan beroleh kebaikan dariNya nanti... Biarlah susah di dunia asalkan senang di akhirat... Syurga yang kekal dan abadi adalah segala-galanya... Suatu hari kita akan jemu di dunia, akan tua dan mati.. selebihnya adalah kehidupan di syurga yg tidak akan jemu, tidak akan tua dan tidak akan mati lagi... semoga kita mengejar kebaikan di dunia.. moga diberi ganjaran syurga nanti... :)

wollahualam..

We Will Rock You.. Yeeaah !

lagu ni lah telah menggemparkan dunia aku sejak 10 tahun dulu..

Nick Lachey



Best gak melayan lagu2 Nick Lachey ex-98 Degress yg pernah femes masa aku tgh blaja di smakl dulu.. Lagu sedih sebenarnya, tapi aku suka melodi dia agak slumber qodoks dan ringan.. Kalo aku pandai buat lagu sure malam ni aku nak menyanyi puas-puas.. But sakit gigi lagi seh, ada ulcer plaks.. huu.. skrg ni musim panas dan hujan teruk, agak celaru dan badan pun tgh blaja menyesuaikan diri.. aku suka video clip kat pantai.. rasa mcm lapang.. aku teringat masa sedih dulu aku lepak kat tpmt ada air mcm tepi pantai.. rasa terubat sikit demi sedikit then bangun kembali sebagai insan yang mempunyai harapan..

Thats why la i can't hate u anymore sbbnya hidup ini ada hikmahnya.. Rasa bangga menjadi manusia berguna, lelaki yang ada impian dan kehidupan.. kini sedang memacu masa depan.

I know it well... just smile back then..

Being humble and its the sign of a healthy ego..
Walaupun personal life agak secret, namun aku tidak berasa khuatir sikit pun.. i know it very well.. only the best men win.. :) aha..

Aku telah melalui dua dunia berbeza, dari 2004 hingga 2008 kini sudah 4 tahun revolusi itu berlalu.. dan segalanya itu aku hanya tersenyum saja.. bila sentimental itu berlaku.. just smile back and go away from them... ia menyelamatkan diri daripada bala bencana dan musibah yang tidak kunjung putus jika tersilap langkah lagi..

Love myself, love my family, love my business and love Allah is almost everything.. My Falah will become true if we believe it well.. hope we can do the best, to get the ultimate freedom and peaceful in this life..

Jumaat ini agak bermakna.. aku meneliti kembali segalanya.. berfikir sematangnya, bertafakur lamanya... diri ini bukannya bernafas selamanya.. entah bila kita akan dijemput kembali.. masa itu apakah bekalan sudah cukup ? bagaimanakah mahu bertemu Dia dalam keadaan hampa dan kosong ? Ya Tuhanku.. bimbinglah kami dan berkatilah hidup ini.. berikan kami kebahagiaan di dunia dan juga akhirat... Sesungguhnya Engkaulah segalanya....

Aku pasti semua ini ada hikmahnya.. from deep inside of my personal life, career, business and sacrifice semuanya adalah ujianNya.. Aku percaya untuk berjaya yang terbaik.. memberikan yang terbaik dan kerana itulah kini aku lebih suka fikir ttg soal kejayaan masa depan... bukan skrg.. tetapi yg akan datang..

Percaya aku sudah memiliki segalanya.. percaya aku sudah bahagia.. percaya aku sudah berjaya.. dan percaya untuk membuat orang lain tersenyum gembira itulah kepuasan yang tak terkira...

Kini ia adalah detik segalanya, tidak kira dalam tangis, derita, hiba, senyum, tawa, gembira, ketawa semuanya adalah simfoni kehidupan insan... hari ini adalah kenyataan dan hari esok adalah masa depan.. i know it well.. just smile back then.. :)

Maulid nabi & tetap busy...

Semoga kita akan semakin cuba berusaha untuk menjadi ummat Nabi Muhammad yang terer dalam pelbagai segi sama ada ilmu, teknologi, sains, perniagaan, ekonomi, dakwah semelah..

Aku baru je balik dari rumah artis nasyid Amar di Bandar Sri Damansara. Just nak tolong apa yang boleh dan sebenarnya nak minta review ebook terbaru yang nak launching.. Insyaallah mmg nak cuba cepatkan tapi next week dah pack gile 4 days di bangi pulak.. huh..

Then aku sempat pulak jenguk member di SS17 PJ dan bincang pelbagai informasi baru.. Aku suka idea spontan diorang.. agak kontroversi tetapi bernilai komersil.. thats great idea buddy.. thanks.. hehe

Neway, teruskan belajar daripada pengalaman orang lain dan juga pengalaman diri sendiri. Untuk mencari idea baru mudah, tetapi nak melaksanakannya yang bebetul practical ia memerlukan ijtihad/usaha/ikhtiar yang cukup besar... Disiplinkan diri anda dan bertanggungjawab dengan apa jua yang kita miliki di dunia ini...

Ouch.. sakit gigi lagi...

Semalam bapa kene serangan kekejangan lagi.. mcm strok la pulak.. aku kelam kabut pecut myvi dari rumah pj ke rumah subang jaya untuk pickup bapa sakit kat sana.. sebaliknya jiran dah hantar dulu gi klinik Dr Hazeman untuk inject... Tup tap tup tap dah stabil masa sampai tu.. jalan dah la jem bagai nak rak.. huu subang oi subang.. sib baik ada jiran.. terima kasih la bebanyak..

hari ni pulak aku kene serangan gigi... aku rasa gusi kot yg sakit.. haha.. kene sepit gigi kat gusi.. perlanggaran yg tak dpt dielakkan.. aku malas nak cabut.. tapi itulah kene jumpa doktor la nanti.. igt after cek akademi dah clear nak gi jumpa doc gigi buat 5 tahun sekali.. ahaks..

Hari ni aku nak rileks... esok pun rileks... semalam aku brainwash diri sendiri pasal isu-isu sensitif yang pernah melanda diri ini dulu... phobia eks? neway.. aku spttnya menyayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain.. sbb kalo kita tak sayang diri maka kita akan merosakkan diri dengan perkara² yang boleh memudaratkan... so kesimpulannya.. kejarlah untuk kebaikan diri dahulu supaya kita dpt menyumbang untuk orang lain dengan jayanya..

Aku harap dapat membantu orang2 susah dgn tenang.. itulah kewajipan spttnya.. sptmana family juga adalah kewajipan.. bila susah kita tolong, kawan rapat juga penting.. hidup ini terlalu singkat untuk membiarkan saja mereka terumbang-ambing.. Aku pasti nasib dan takdir menyebelahi kita jika permudahkan urusan orang lain dan Allah akan permudahkan urusan kita kembali..

Sorilah kalo agak personal sket kali ni.. tulisan ini agak menyakitkan bila gigi sakit.. huuu... mak tolong.. hehe.. hidup tetap diteruskan.. agi idup agi ngelaban !!!

Super monday...

Bayangkan kol 8.00 pagi ada call.. ada meeting kol 9.30 pasal bantuan 500k... peh.. aku terus tanpa berlengah lagi memacu myvi kesayangan ke destinasi di tuju... naik tingkat 11 pakai kot, neck tie, songkok, senyuman... this is my lucky day.. again on monday..

Agenda ke 18, aku memulakan aluan, kertas cadangan dibentang, dari.. bla bla bla... dalam 10 minit.. lulus.. ok done.. stgh juta utk bantuan tersebut berjaya diluluskan utk pembayaran hari ini.

lega.. aku rasa seronok.. meeting bersama orang2 senior.. dato dan datin.. malah pegawai gred 44 dan 48.. aku rasa impian masa kecil sudah terlaksana.. menjadi seorang yang dedicated pada career dan mengetahui apa yg perlu dilakukan..

Aku semakin menyukai situasi ini.. lebih 'grand' namun orang tak nampak.. aku seolah-olah berisolasi dengan dunia yang berbeza.. Sedangkan jiwa masih di sini.. seni dan science-art bergabung membentuk arena yang jauh menyakinkan..

Mungkin lebih selesa sebegini.. Tak diganggu dengan anasir yang ntah apa-apa.. Rasa macam secure saja.. lega, duit pun mantap tak pernah risau sikitpun.. alhamdulillah dan itulah yg menguatkan hati aku membantu mereka yang berada dalam kesusahan... But kini sudah ada satu skill baru... memandang jauh dari sudut hati org apakah ia jujur atau sebaliknya... mata itu aku boleh baca...

Target aku, dalam secure ini... Merancang masa depan dgn gemilang.. 2010 adalah tahun hebat.. cycle revo phase 4 sebenarnya.. Dan masa tu sudah mencapai financial freedom !

Kini banyak usaha perlu dilaksanakan, aku tak mudah puashati.. ada saja yang mahu dicapai.. dari bisnes, cinta, family, personal sebagainya ada target sendiri.. Apa yang penting usaha mesti diteruskan dgn konsisten dan sistematik.. Mencipta bende baru supaya ia lebih hebat...

Aku percaya pada diri.. locus control yang tinggi.. mengasihani diri dengan berhenti mengejar sst yang pernah menyakitimu.. dan mengejar apa yang boleh memberimu kebahagiaan.. itulah kehidupan sebenarnya..

Kerjaya untuk masa kini... bisnes untuk masa depan... dan mencari bahagia untuk selama-lamanya...

Aku belum plan apa-apa utk menyambut birthday RahsiaEbiz (RE) pada 24 mac 2008 ini.. Sudah setahun dan mempunyai lebih dari seribu registered members... lebih dari 3 produk hebat dan laris serta mempunyai conversion rate yg jauh lebih baik dari dulu..

Mungkin aku akan beri surprise lagi pada semua members, ebook dan wordpress theme percuma. Megapack mungkin.. just wait and see.. :)

RE ini aku akan jadikannya platform untuk mengetengahkan pelbagai isu dan dunia ebiz kepada semua orang terutamanya di Malaysia.. Target adalah Malaysia dan orang Melayu yang berminat dalam bisnes internet.

Adalah amat menyeronokkan melihat web RE semakin rancak berjalan, bermula zero to hero... insyaallah.. aku nak mencuba dunia ebiz ini dan dalam masa yang sama berjaya sebagai insan yang berbakat.. Mungkin tak semua orang tahu aku ni siapa.. then let it be.. mysterious and genius.. :)

Cuma matlamat RE adalah yang terkandung dalam profilnya, begitu juga matlamat Softhands, biz satellite dan lelain. Multi tasking adalah bukan suatu yg mustahil.. aku sudah berjaya menguasainya sejak 10 tahun lalu... dan terpengaruh dgn cerita The Pretender... Dan mcm nak jadi elite kat Mesia ni jer... talented man dan berjaya menguasai banyak perkara adalah bukan mustahil.. Dan menjadi genius bukan mimpi sebenarnya ia adalah usaha realiti... Thomas Alva Edison pernah berkata....

Genius is 1% inspiration and 99% perspiration! ....

Suatu hari nanti aku nak buat pendedahan secara rasmi.. mungkin di RahsiaEbiz.. Insyaallah bila segalanya tiba pada tahun 2010, aku pasti dapat merungkai segala jawapan.. Biar semua orang lihat dan memandang bahawa berkat usaha dan doa membolehkan sesiapa jua berjaya.. hatta orang papa kedana mampu jadi jutawan dunia, dan seorang budak biasa menjadi idola...

Deonez Collection on stage...



Kini anda boleh tgk lot gerai deonez collection yang dah beroperasi di Subang Jaya Mydin Mall.. Pelbagai jenis tudung ada.. angkasawan, bawal, turki, blink, telekung semelah...

Great day...

Thats why i love friday.. very lucky and charming day.. kerana paper aku hari ni beberapa bantuan berjaya diluluskan sehingga mencecah RM50k.. dan lebih menggembirakan ada seorang muallaf tu sudah berjaya mencapai impiannya dibantu bagi membangunkan perniagaannya dgn total cash rm40k.. a lot of money, i hope he will do the best for his own biz precisely..

Dan seterusnya aku menguatkan azam dan semangat untuk lebih berjaya tahun ini.. Walaupun agak lambat projek diselesaikan at least 2 projek sudah 70% siap. 1 lagi masih menunggu masa yg sesuai untuk dilancarkan, apa yang penting langkah kita bermula.. dari 0% hinggalah 100% adakah anda bergerak atau statik ? Kalo bergerak lebih bagus daripada tak bergerak langsung... kerana kayuh pelan-pelan akhirnya sampai juga..

Bagi aku soal 'multi-tasking' adalah sesuatu yg menyeronokkan.. ada masa membantu orang dan ada masa pula untuk buat bisnes.. aku percaya pada hadis Nabi bahawa 9/10 punca rezeki itu datangnya daripada perniagaan.. sbb itulah sebagai ummat Nabi Muhammad spttnya menyakini hadis ini sepenuh hati dan berusaha yang terbaik untuk ummat. Ini kerana duit berputar daripada orang lain kepada orang lain.. Dan cara ia berputar itu adalah kerana ada sumthing yg valueable ditukarkan dengan duit.. dan anda buatlah sst menyediakan produk/servis yg valueable sudah tentu pasti akan mendapat untungnya..

Ok, takat ni dulu.. malam ni nak ke kedai tudung bawal plak.. tgk apa progress.. huu penat but happy.. ahakss.. :)

Once in a Blue Funk ?

Itulah istilah orang yang berada di dalam situasi tahap 'bosan cipan'.. why ? sebabnya hari-hari tidak mencabar dan statik menyebabkan dunianya sama sahaja. Blue funk ni masalah 'boredom' kerana tiada perancangan aktiviti khusus.

Aku sekarang ni byk projek, tapi mood takda.. then menyebabkan tiada 'adventure' baru yang dapat diterokai. Ebookjutawan plak dah hampir siap, web Deonez pun dah ada prototype. Kenalah creative sket untuk meneruskan hidup dengan lebih ceria.

Dari segi duit, tiada masalah.. mmg sentiasa ada duit dan sedang bertambah dari masa ke semasa.. alhamdulillah.. cumanya agak 'bosan' tahap blue funk bila hari-hari sama sahaja. The same routine.. so kene membuat sesuatu yg pelik-pelik pasnih.. Dari segi kesihatan ok, alhamdulillah.. aku cuma kene bersedia untuk menjadi lebih bertenaga dengan menjaga makan dan minum supaya blood pressure tak naik dan paras cholestrol stable..

Bila sihat + berduit + masa banyak = KEBEBASAN HIDUP !!!

Itulah kehidupan sebenarnya.. menikmati sebaik mungkin dan mencipta kejayaan lebih dengan kebebasan... Aku jenis sagittarian ni mmg suka freedom, sbb tu suka menyendiri dan buat hal sendiri.. tiada siapa nak kata dan mengganggu.. At least aku tak menyusahkan orang lain dan membantu org lain yang sesuai jika mereka susah..

Nak tolong orang kene tolong diri sendiri dulu, supaya kita tahu limit kita sebenarnya di mana.. jgn tolong org sampai kita tak tertolong diri sendiri udahla.. jangan cari penyakit tetapi carilah yang sihat-sihat belaka.. barula kita akan menjadi manfaat utk orang lain..

5 minit untuk menyelamatkan hari anda !

Sekarang ni kene fikir dengan bijak untuk meneruskan hidup tanpa stress dan bosan. Kene recharge dengan sense of humour.. So sebab tu aku suka masukkan video youtube dalam Softhands Community untuk rileks dan bersantai. Peruntukan masa hanya 5 minit dan ia akan ubah mood serta merta untuk menempah hari dengan lebih ceria.. !

Oh.. unchained melody..

Sempat tgk dvd Jumper.. wow agak menarik melompat sana sini.. mcm ada istilah sufi dulu dunia dilipatkan.. yg mana insan sufi ni berjalan dua tiga langkah sudah sampai ke destinasinya tanpa disedari.. contoh keluar rumah di Yaman sudah sampai di Masjid Bahgdad.. aku rasa mcm tak mustahil.. dunia terbelah dua.. satu fizik dan satu lagi metafizik.. cuma yg metafizik ini masih belum mampu diterokai manusia..

Esok ada meeting dgn org2 nusantara.. delegasi dari brunei, indonesia dan byk tempat lagi lah.. aku harap esok menjadi hari yg paling socialize.. ahaks..

Cuma hari ni aku 'kebosanan' tahap cipan.. nak buat keje takde mood.. tapi yg mendatangkan mood aku balik bila tgk citer Dr. House.. mmg splastik sungguh lawak dia.. genius but insane.. hehe.. neway just keep me smiling back today with another dramas..

Maybe nak siapkan sikit design deonez collection, aku rasa banyak terlepas peluang untuk asah smula bakat seni.. harap bila mood dia dah datang, aku boleh focus lebih hebat.. insyaallah..

Risiko & Liabiliti UMNO/BN di PRU13

Sekiranya Pak Lah dan Khairy masih lagi menguasai UMNO/BN untuk 5 tahun lagi maka ia akan menyemarakkan perpecahan di dalam UMNO yang semakin lebar. Hakikatnya kepimpinan Pak Lah telah diberi 'amaran' pada PRU12 supaya merenung kembali mengapa kekalahan besar dalam sejarah buat pertama kalinya BN hilang 2/3 majoriti di parlimen.

Mereka ini akan menjadi liabiliti pada UMNO, dan sudah tentu rakyat akan lebih bijak dalam 5 tahun lagi kerana pengundi muda sudah terdedah pada internet dan teknologi SMS yang kian 'bebas' menyebarkan maklumat yang lebih demokratik.

Sekiranya Pak Lah berundur sekarang ia tidaklah memalukan sangat... masih dianggap bertanggungjawab dan ditunjukkan jalan yang lebih mulia daripada risiko masa depan yang masih sukar dibayangkan. Kini parlimen Malaysia sudah tidak sama lagi spt penggal yang lepas.. BN terpaksa 'berhempas pulas' dan berjuang dalam parlimen krn hilang kuasa majoriti.

Catatan aku pada hari ini merupakan antara analisa yang menunjukkan bahawa lebih 80% yakin jika Pak Lah berundur masa depan BN lebih cerah.. Ini kerana Pak Lah sendiri sebagai pengerusi BN Pulau Pinang sudah kehilangan negerinya berbanding Najib yang dapat mengekalkan negeri serta undi majoriti yang lebih besar berbanding penggal lepas.

Jika Pak Lah tidak 'mendengar' dengan bijak suara rakyat... maka PRU akan datang akan jadi igauan terburuk dan legasinya akan berakhir sepertimana Samy Vellu yang meratapi kekalahan pada hari jadinya sendiri...

Akhirnya.. buat pertama BN hilang majoriti 2/3 di parlimen dan 5 negeri jatuh ke tangan BARISAN RAKYAT (alternatif) iaitu Kelantan, Kedah, Selangor, Perak & Penang. Ini merupakan kuasa rakyat gelombang yang terpendam sejak tahun reformasi 1999.

Aku percaya nasib Malaysia akan lebih terjamin nanti, BN tidak boleh sesuka hati memerintah negara sambil lewa.. Rakyat sudah menyuarakan hasratnya dan kini UMNO dan BN akan bebetul tertekan setelah 5 negeri utama semenanjung jatuh ke tangan BA.

Apa yang aku harap ialah Malaysia perlu :

1 - Memperbetulkan perlembagaan dan memansuhkan ISA
2 - Memulihkan kredibiliti institusi kehakiman
3 - Menurunkan harga petrol
4 - Pendidikan percuma
5 - Kemudahan khidmat kesihatan untuk rakyat

Makkal Sakhti... keramat ini adalah suara rakyat.. Hero kita Anwar telah mengetuai gelombang reformasi sehingga hari ini berjaya buat kali pertama dalam sejarah Malaysia memecahkan tradisi 2/3 majoriti BN di Parlimen.. Terima kasih kepada pengundi-pengundi yang telah memilih keputusan bijaksana.. Moga demokrasi Malaysia akan kembali bersinar dan hak rakyat lebih terbela..

Mencari peluang ke tanah suci...

Aku sedang merangka pelan untuk menunaikan haji di Mekah.. Aku juga sedang mempertimbangkan untuk membuka akaun tabung Haji dan menutup akaun ASW... Aku akan transfer sebahagiannya dan simpan duit untung ebiz dalam akaun tabung haji supaya lebih terjamin.

Kini mcm ada suatu yg perlu dilakukan, jika aku tak plan dari skrg adalah mustahil nak pegi Haji pada usia yang muda ini. Lagipun kalo bole simpan dgn cara autodebit ia cukup bagus dah tuh.. tapikan aku rasa tak perlu autodebit ni sbb kenkadang untung ebiz melebihi daripada apa yang boeh ditentukan.. insyaallah boleh capai target cepat kalo kita istiqomah..

Selain itu aku macam terarah pada satu peluang yang tak disedari.. mungkinkah aku akan ke sana lebih awal ? Semuanya ketentuan tuhan yang sukar ditafsir dengan mata kasar..

Mengumpul harta di samping membuat pahala... ini satu kerja jihad.. cumanya kene fikir dengan positif yang kita hidup ini sementara cuma, tiada gunanya harta yang bertimbun kalo pahala masih kurang.. sebab itulah kene seimbang dunia dan akhirat.. nak hidup bijak kenala fikir jauh ke depan..

You raise me up

When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up...
To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up...
To more than I can be.

There is no life - no life without its hunger;
Each restless heart beats so imperfectly;
But when you come and I am filled with wonder,
Sometimes, I think I glimpse eternity.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up...
To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up...
To more than I can be.

You raise me up...
To more than I can be.

Bila mahathir berkata...

Sejak zaman reformasi 1999 ramai sudah menjangkakan konspirasi anwar adalah suatu yang didalangi Mahathir... dan kini pada tahun 2008.. mahathir mengakuinya... why? Ini kerana pergolakan politik dalam UMNO sendiri akan mendedahkan kesemua kepincangan yang ada..